suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak bayar bil elektrik, pusing sana sini minta bantuan... Altimet dedah ‘modus operandi’ individu ambil kesempatan

PENYANYI rap yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Altimet berkongsi pengalamannya berdepan dengan segelintir individu yang cuba mendapatkan bantuan melebihi keperluan sebenar.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 48, berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai individu yang dikenal pasti cuba mendapatkan bantuan daripada pelbagai agensi meskipun tidak lagi berada dalam kategori yang memerlukan.

Menurutnya, antara modus operandi yang dilakukan adalah dengan sengaja tidak menjelaskan bil utiliti sebelum tampil mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak.

"Kami dah ada senarai golongan yang cuba dapatkan bantuan lebih daripada apa diperlukan. Modus operandi dia salah satunya, dia takkan bayar bil api.

"Dia akan jumpa kita, kemudian Ahli Parlimen, Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dah habis tu dia pusing balik kepada kita," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Altimet mengakui tugas sebagai wakil rakyat mempunyai persamaan dengan kehidupannya dalam industri muzik, terutama daripada segi masa bekerja yang tidak menentu.

Katanya, kesibukan tugas sebagai ADUN menyebabkan dia jarang mengambil cuti dan lebih banyak meluangkan masa untuk bekerja.

"Kerja saya sekarang pun macam dalam industri muzik, masanya tak tetap.

"Saya jarang cuti, setahun pun sekali sahaja, itu pun isteri saya kena paksa.

"Tapi sepanjang jadi ADUN, saya rasa seronok dan bersemangat setiap hari untuk bekerja," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi