suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Achik Spin tak pandai membaca, Azren puji semangat arwah cepat belajar... Ini cerita awal kemunculan

ISTIMEWA Flashback kali ini mengimbau perjalanan awal karier kumpulan Spin yang pernah dianggotai oleh Allahyarham Achik sekitar tahun 1998.

Memulakan langkah sebagai kumpulan muzik ketika usia belasan tahun, pemain gitar Azren atau Norazren Kamil, 44, mendedahkan dia merupakan antara individu terawal yang bersama-sama Allahyarham Achik menaikkan nama kumpulan Spin kepada peminat.

Kata Azren, sebelum Spin dikenali peminat, mereka pernah melalui fasa sukar apabila pernah menerima bayaran rendah ketika membuat persembahan di sebuah konsert.

“Susah sebenarnya nak naik dan popularkan sebuah kumpulan dan kami pada tahun 1998 pernah pusing satu Malaysia nak kenalkan nama Spin ni kepada peminat.

“Pernah juga kumpulan Spin ni mendapat bayaran rendah sebanyak RM200 saja, bila dibahagikan kepada semua ahli baru dapat RM50 saja, kami pusing satu semenanjung Malaysia dengan menggunakan van saja.

“Ramai orang tak tahu, arwah tak pandai membaca, dia sekolah sampai darjah enam sahaja tapi dalam masa dua minggu dia belajar dan boleh membaca. Dia ada keunikan, boleh menyanyi dan cepat tangkap, ingatan kuat.

“Banyak kenangan saya dengan Allahyarham Achik ni, kami merupakan kumpulan pertama sebelum wujudnya anggota Spin yang lain dan saya sempat berborak dengannya sebelum Achik meninggal dunia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi