suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbelas tahun imej botak, Tomok kini nampak muda selepas berambut... Harap dapat tawaran berlakon

PENYANYI Tomok memberitahu dia mengambil masa agak lama sebelum bersetuju untuk menjalani proses penanaman rambutnya pada Disember tahun lalu.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, berkata, tujuan dia mengambil inisiatif itu adalah untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam kariernya selain ingin mencari peluang berlakon.

“Selepas beberapa tahun berfikir dan banyak juga bertanya dengan orang lain mengenai proses penanaman rambut akhirnya terbuka hati juga untuk saya lakukannya.

“Saya sudah berbelas tahun imej botak pada tahun 2011 jadi apa salahnya saya mencuba dengan gaya imej baru berambut pula untuk karier saya selepas ini.

“Kalau ada peluang untuk berlakon apa salahnya saya mencuba nasib kembali sebab sudah lama juga tinggalkan dunia lakonan ni, harapnya ada rezeki selepas ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi