suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kidd Santhe mula jatuh cinta negeri Kelantan, tak setuju orang cakap buruk… minat sebab ada budaya dan bahasa indah

PENYANYI rap Kidd Santhe mengakui dia selesa untuk bekerjasama dengan penyanyi negeri Kelantan malah menyifatkan negeri itu sebagai tempat yang seronok dan tenang untuk dikunjungi.

Menurut Kidd atau nama sebenarnya Parssanth Navaratnam, dia turut tertarik dengan keunikan dialek negeri  Kelantan dan kini sedang belajar untuk bertutur menggunakan loghat negeri tersebut.

Malah dia tidak bersetuju dengan stigma negatif orang ramai terhadap negeri itu.

“Saya okay sangat dengan orang Kelantan dan suka makanan negeri itu dan bila orang Kuala Lumpur bekerjasama dengan penyanyi rapper Kelantan iaitu Rxf Rhaled dan itu motif saya dalam perpaduan.

“Bahasa dialek Kelantan ni sangat cantik dan berbunga bila dengar di telinga dan sekarang ini saya tengah belajar untuk bercakap gaya negeri Kelantan sebab kemungkinan selepas ini akan ada lagi lagu versi Kelantan dengan Rxf Rhaleed.

“Bila sebut orang Kelantan ni pelbagai stigma kan, risau nak pakai seluar pendek atau bergaul dengan wanita tapi sebenarnya tidak… Kelantan tempat yang seronok dan tenang saya syorkan untuk datang dan stigma itu tidak benar sama sekali,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi