suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahiril Adzim tak benarkan anak tonton cerita ganas... Masih terima tawaran watak gangster

PELAKON Zahiril Adzim memberitahu dia tidak membenarkan anak lelakinya, Nadi Anaqi, menonton lakonannya yang memaparkan sisi keganasan.

Menurut Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, dia sebagai bapa lebih mengenali karakter anaknya dan tidak mahu babak keganasan yang dilakonkan ditiru dalam kehidupan sebenar.

"Saya berlakon watak marah-marah, pukul isteri pun saya tak bagi anak saya tengok.

"Jadi sebagai ibu bapa, kita lebih kenal anak kita. Kalau rasa anak tengok dan takut dia akan ikut, jangan bagi tengok.

"Tapi jika sebaliknya, sudah jadi tanggungjawab untuk jaga anak kita dan tak bagi tengoklah," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon yang dikenali menerusi watak Adi dalam drama KL Gangster Underworld itu berkata, dia masih menerima tawaran untuk membintangi karya bergenre gangster dan aksi.

Bagaimanapun, Zahiril berkata tawaran drama yang diterimanya sebelum ini kebanyakannya sudah dipersetujui terlebih dahulu sebelum dia mendapat tawaran untuk naskhah bergenre gangsterisme.

"Tawaran untuk genre gangsterisme itu masih ada, cuma banyak tawaran drama datang dulu.

"Saya pun makin muda, jadi tulang belakang kena jaga, tapi insya-Allah jika ada tawaran naskhah yang baik, saya akan buat," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi