suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Joey Daud rindu pentas lawak, terkilan tiada tawaran selepas menang anugerah... Disangka sudah naik harga!

PELAWAK dan pelakon Joey Daud memberitahu dia kurang menerima tawaran berlakon atau melawak selepas menang di Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Menurut Joey atau Zulkifli Daud, 53, dia terkejut selepas kemenangan tersebut menyebabkan ada pihak mula menganggap dirinya sebagai artis yang sudah ‘mahal’ sehingga tawaran kerja yang sebelum ini diterima semakin senyap.

Lebih mengecewakan, ada pihak produksi yang sebelum ini kerap menghubunginya juga seolah-olah menjauhkan diri selepas Joey memenangi anugerah berkenaan.

“Selepas menang saya terkejut juga sebab orang buat andaian saya mahal, pelik juga kenapa jadi macam ni sampaikan ramai artis lain macam fobia lepas menang anugerah risau tiada tawaran.

“Kadang-kadang yang biasa tawarkan kerja jadi macam senyap macam tu saja, jangan buat andaian begitu sebab boleh saja hubungi saya, bukannya saya ni kejam sehingga tak boleh bincang apa semua.

“Ya saya memang terkilan bila berlaku macam ni dekat saya tapi sedar yang setiap orang ada kroni dan nak masukkan orang mereka saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi