suria

Ajoi Zainal terkejut nama diumum tersingkir, banyak lagi nak tunjuk di final Big Stage

IMPIAN untuk mara ke peringkat akhir Big Stage 2022 terkubur selepas Ajoi Zainal tersingkir angkara undian online.

Cerita Ajoi atau Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 24, dia berasa terkejut selepas namanya disebut sebagai peserta yang tersingkir namun percaya ada rezeki buat dirinya di luar sana.

“Terkejut sebenarnya sebab banyak benda yang Ajoi simpan lagi, nak tunjuk masa final.

“Tapi tiada rezeki, Ajoi percaya pada rezeki mungkin bukan kat sini kat luar,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajoi turut berkongsi perancangan untuk mengeluarkan single baharu tetapi masih menunggu masa yang sesuai.

“Ada lagu baru nak lancar sebenarnya, tapi label cakap try je masuk untuk Big Stage dulu, menang tak menang belakang cerita,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi