suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Megat Rahim tiada masalah cakap bahasa Melayu, cuma terbiasa ‘speaking’ dekat rumah... Dekat sekolah pun kawan tegur

GARA-GARA sudah terbiasa bertutur dalam bahasa Inggeris dengan keluarga di rumah, penyanyi Megat Rahim berdepan kritikan.

Namun Megat Abdul Rahim Megat Abdul Razak, 20, berkata dia sudah terbiasa dengan kecaman berkenaan kerana ia berlaku sejak di zaman persekolahan lagi.

“Kawan di sekolah pun tegur jangan nak English sangat. Tapi hakikatnya saya membesar dalam keluarga yang bertutur bahasa Inggeris di rumah.

“Jadi apabila saya sudah terbiasa begitu, orang yang dengar pula tak boleh terima,” katanya kepada mStar selepas konsert suku akhir Big Stage pada Ahad.

Bagaimanapun ujar Megat, dia tiada masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu seperti remaja lain.

Untuk rekod Megat dan Syafiq Abdillah gagal mara ke peringkat separuh akhir pada 20 Mac ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi