suria

Kempen Sofiaa Jerung Merah tak menjadi, ‘followers’ TikTok berjuta tapi tak undi... Kalah dengan peminat Yazmin Aziz

SOFIAA Marieylla akur dengan penyingkirannya pada minggu kelima selepas mempersembahkan lagu Ku Mahu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ujar Sofiaa atau nama sebenar Wan Siti Maryam Wan Mahyudin, 24, undian penonton gagal menyelamatkan dia daripada tersingkir walaupun markah juri untuknya lebih tinggi daripada penyanyi Yazmin Aziz.

“Saya ada buat live minta followers undi lah saya, ramai dah screenshot kata dah undi... saya hargai siapa yang undi. Namun bagi yang tak undi tu nak buat macam mana.

“Saya minta maaf sebab tak mampu meneruskan perjuangan tapi InsyaAllah saya akan buat yang terbaik selepas ini,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi