suria

Sayu Ramadan pertama tanpa bapa, Amen Khalid anggap arwah Mamat Khalid masih ada... Macam pergi kerja!

BERSEDIA atau tidak saya dah terjun dalam dunia industri... itu respon Amen Khalid iaitu anak keempat pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid.

Menurut Amen atau nama sebenarnya Mohd Khalid Amen Mohamad, 27, dia berdepan pelbagai cabaran bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh arwah bapa.

“Cabaran dia banyak kalau saya nak cerita tapi salah satunya adalah bagaimana nak mengendalikan produksi untuk mengikuti kehendak kita.

“Kalau macam sebelum saya ada orang yang saya boleh rujuk untuk bertanya iaitu Papa dan sekarang ni saya perlu rujuk diri sendiri.

“Alhamdulillah banyak cast dan pengarah membantu saya,” katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai sambutan Ramadan tahun ini, Amen mengakui sebak dan sayu mengenangkan ketiadaan insan tersayang itu di sisi.

“Perasaan sayu tapi kita reda sebab papa dah bersama dengan tuhan.

“Jadi kita anggap macam papa tu ada... macam dia pergi shooting.

“Memang teringat kat papa untuk Ramadan kali ni sebab kita banyak buat aktiviti bersama dan teringat juadah ayam percik kesukaan papa,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi