PELAKON Diana Danielle mengakui hubungannya bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Burn memang mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu perkahwinan.Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, bagaimanapun berkata, dia perlu mempertimbangkan banyak aspek dan bersikap lebih strategik sebelum membuat keputusan besar itu. Jelas Diana, dia memilih untuk tidak terburu-buru dan menyerahkan segalanya kepada takdir.Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Mengenai perkahwinan ini, nanti bila dah ada kad, saya akan edarkan.“Apabila kita mula berkawan, sudah tentu kita tahu ke arah mana hala tuju hubungan itu. Tentulah ke arah perkahwinan dan jenjang pelamin.“Tetapi ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan juga yang membuatkan kita kena menjadi lebih strategik,” katanya kepada mStar di malam gala filem Terbang pada Isnin. Bercakap mengenai fasa kebahagiaan, Diana bersyukur apabila pasangannya itu sentiasa memberi sokongan terhadap kehidupan peribadi dan kerjayanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diana Danielle bangga anak perempuan dah mula berlakon, Aurora pernah tanya ‘kenapa tak ada orang ajak?’ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle kongsi keadaan anak alami lumpuh muka secara tiba-tiba… “Terdapat beberapa perkataan Muhammad tidak dapat sebut”“Saya bersyukur sebab Burn seorang yang sentiasa menghargai dan memberi sokongan, tetapi dia tetap berada di belakang, bukan jenis cuba nak curi tumpuan. Kehadirannya itu memberikan kekuatan.“Bila orang tengok, ini mungkin hari-hari yang senang. Tetapi waktu sukar pun dia tetap ada. Contohnya bila saya penggambaran balik lewat malam seorang diri, dia ada bersama dalam fasa tersebut.“Perkara itu membuktikan kepada saya yang dia seorang lelaki yang boleh saya harapkan,” ujarnya. Burn seorang yang sangat beri sokongan kepada Diana. Dalam pada itu, Diana juga menjelaskan salah faham warganet berhubung hantarannya di aplikasi Threads mengenai usaha seorang lelaki dalam perhubungan.Tegasnya, tulisan tersebut hanyalah pandangan peribadi berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang meminta nasihat dan langsung tidak menggambarkan situasi hubungannya bersama Burn.“Hantaran itu tiada kena-mengena dengan Burn. Saya cuma melihat kepada corak sesebuah hubungan. Kalau lelaki itu bersungguh-sungguh, hubungan itu boleh bertahan.“Banyak masalah timbul bila lelaki mahu berputus asa tetapi wanita cuba menarik hubungan itu ke depan. Wanita bukan nakhoda sesebuah hubungan, jadi lelaki perlu lebih bijak dan ke hadapan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube