suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Diana Danielle bangga anak perempuan dah mula berlakon, Aurora pernah tanya ‘kenapa tak ada orang ajak?’

PELAKON Diana Danielle teruja melihat kemunculan sulung anak perempuannya iaitu Nur Aurora dalam telefilem Bisikan Pontianak.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, dia bangga melihat Aurora berani mencuba dunia lakonan walaupun hanya memegang watak tidak berdialog.

"Saya terus rakam tadi bila ada babak Aurora dan sangat bangga dengan dia walaupun berlakon tidak berdialog, hanya angguk kepala saja.

Anak Diana Danielle Nur Aurora mula menunjukkan minat berlakon

"Ini kali pertama Aurora berlakon dan selepas ini kalau ada ruang dan peluang, kita cubalah beri dia peluang. 

"Tengok sama ada dia suka atau tidak. Kalau dia suka, teruskanlah," katanya kepada mStar.

Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Bisikan Pontianak di Damansara Perdana, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terharu dengar ucapan anak-anak, tak sedih lihat mereka makin membesar

ARTIKEL BERKAITAN:  Muhammad semakin berselera makan, sebut huruf dengan jelas... Diana Danielle kongsi perkembangan kesihatan anak

Sementara itu, Diana memberitahu telefilem itu merupakan gandingan pertama mereka dalam satu karya.

"Dia pernah tanya saya, kenapa tak ada orang ajak dia berlakon? Bila saya tanya, rupa-rupanya Aurora memang minat berlakon," ujarnya.

Dalam pada itu, Diana berkata dia terbuka sekiranya ada penerbit mahu memberikan peluang buat anaknya itu untuk terus mencuba bidang lakonan.

Dia pernah tanya saya, kenapa tak ada orang ajak dia berlakon?

DIANA DANIELLE

PELAKON

Namun sebagai ibu, dia akan memastikan penglibatan anaknya dalam bidang seni tidak mengganggu persekolahan.

"Aurora masih bersekolah, jadi kena berpada-pada kalau nak berlakon. Kalau dia tak berminat, tak boleh paksa, dia boleh saja berhenti berlakon.

"Bila lihat anak saya sekarang ini, boleh nampak bayangan kedua-dua ibu bapanya dekat situ," luahnya.

Diana Danielle izinkan anak-anak berlakon janji tidak abaikan sekolah.

Bukan itu sahaja, Diana turut menitipkan nasihat kepada anaknya supaya melengkapkan diri dengan ilmu sekiranya mahu serius dalam bidang lakonan.

"Saya selalu berikan nasihat, untuk jadi artis tidak boleh kosong, kena ada ilmu tak kisah ilmu apa sekali pun, asalkan ada kaitan dengan pekerjaan kita ini.

"Jadi pelakon ini tak boleh malu-malu sebab budak-budak ini ada perasaan malu sedikit, jadi saya selalu nasihatkan Aurora supaya tidak malu-malu untuk berlakon... kena all out," katanya.

Bisikan Pontianak akan mula ditayangkan di saluran Unifi TV bermula 31 Ogos ini.

Selain Diana, supertele ini turut menampilkan Kazar Saisi, Datuk Remy Ishak, Riezman Khuzaimi, Nadia Brian, Aziz M. Osman dan Merah Muhaimin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain