BAPA kepada penyanyi Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd. Yusof meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada petang Khamis.Allahyarham yang lebih mesra disapa Pak Engku menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 76 tahun. Khabar duka itu disahkan oleh anak ketiganya iaitu Sariulraini, 43, yang memaklumkan bapanya menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu akibat komplikasi penyakit seperti kencing manis, buah pinggang serta jantung.Allahyarham menerima rawatan sejak dua minggu lalu di HCTM."Arwah meninggal dunia semalam (Khamis) dalam pukul 2.20 petang dekat HCTM. Punca-puncanya itu saya rasa sudah sampai masa, dah sampai ajal dia."Arwah memang macam-macam penyakit ada, sudah biasa keluar masuk hospital," katanya ketika dihubungi mStar.Berkongsi mengenai kenangan terakhir bersama arwah, Sarilraini berkata mereka sempat meluangkan masa bersama sebelum ayahnya itu terpaksa berulang alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Akhirnya terima ketentuan Allah, bapa sudah maafkan pembunuh Along SpoonARTIKEL BERKAITAN: Ini reaksi bapa Along Spoon, hukuman pembunuh anaknya dipinda"Kali terakhir kami pergi bercuti bersama-sama pada bulan enam yang lepas, lepas itu dia mula sakit-sakit sampailah semalam,"kongsinya.Dalam pada itu dia memaklumkan akan sentiasa memengang pesanan Allahyarham bapanya agar mereka adik-beradik sentiasa bersatu hati dalam apa jua perkara."Pesanan yang biasa dia cakap, dia cuma nak anak-anak sentiasa bersatu hati, jangan berpecah-belah, selalu berkumpul. Itu je yang dia selalu pesan. Dia nak adik-beradik semua sentiasa bersatu," kongsinya.Allahyarham adalah penerima sumbangan mStar Baek pada 2024.Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat.Allahyarham mempunyai seorang isteri iaitu Rohani Abdul Aziz berserta lima cahaya mata yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua anak perempuan termasuk Allahyarham Along.Pada 25 Jun 2024, Allahyarham memilih untuk memaafkan individu yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Along pada 26 Disember 1999 iaitu Mohamad Ya'cob Demayti yang merupakan seorang bekas anggota polis.Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.Pak Engku juga memberitahu sudah reda menerima takdir pemergian anaknya selepas 25 tahun walaupun pada awalnya sukar untuk menerima kenyataan.Allahyarham Along terkenal menerusi lagu Rindu Serindu Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.Susulan itu, polis menemui rangka manusia diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada 6 Januari 2000.Allahyarham juga merupakan antara penerima mStar Baek, anjuran mStar dengan kerjasama KPJ Healthcare pada tahun 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube