suria

Ini reaksi bapa Along Spoon, hukuman pembunuh anaknya dipinda

Bapa Along Spoon tidak mahu mengulas lanjut berkenaan pindaan hukuman pembunuhan anaknya.

BAPA kepada Allahyarham Along Spoon tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan meminda hukuman terhadap pembunuh anaknya pada Khamis.

Tengku Syafie Tengku Yusuf atau lebih mesra disapa Pak Engku berkata, tiada apa yang mahu diperkatakan selepas mendapat tahu hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan dipendekkan kepada 33 tahun terhadap bekas anggota polis, Mohamed Ya'acob Demyati.

"Kalau komen berkenaan perkara itu (keputusan mahkamah), saya tidak mahu ditemu bual. Maafkan saya.

Along 2

Mohamed Ya’acob Demyati dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun.

"Saya tidak mahu beri ulasan berkenaan perkara itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Khamis, Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjara seumur hidup kepada penjara 33 tahun terhadap Ya'acob yang disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh penyanyi berkenaan pada 1999.

Hukuman baharu itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 4 Januari 2000 iaitu sudah 23 tahun menjalani hukuman penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara seumuar hidup pembunuh Along Spoon dipinda, bebas lagi 10 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: 'Cukup Sekali' Bukan Hak Milik Kumpulan Spoon

Ya'acob turut terlepas hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya'acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Along 1

Along Spoon popular dengan lagu Rindu Serindunya.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Pada 2 November 2010, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir dibuat Ya'akob dan mengekalkan hukuman gantung terhadapnya.

Bagaimanapun hukuman itu diringankan kepada penjara seumur hidup selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain