suria

[V] Lamaran bukan gimik, Nabila Razali kongsi tarikh nikah di Instagram

PENYANYI Nabila Razali menolak dakwaan perkongsian mengenai lamaran diterima daripada Nik Iruwan Nik Izani hanya sekadar gimik pelancaran single terbaharunya, New Chapter.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, sebaliknya menjelaskan apa yang dikongsikan itu sebagai menjawab semua persoalan yang bertebaran mengenai hubungannya dengan bekas pelumba kereta litar Formula berkenaan.

"Apa yang Bella (panggilan Nabila) kongsi di media sosial itu harapnya terjawablah semua persoalan mengenai status Bella.

2253043

Nabila dan Nik Iruwan dilaporkan sudah bertunang pada Ogos lalu.

"Tak mungkin gimik, ke anda semua nak gimik lagi? Tak apa, tunggu sahaja berita baik daripada Bella nanti okay," katanya kepada mStar.

Nabila mengulas perkara itu sebagai menjawab tuduhan perkongsian tentang lamaran Nik Iruwan itu sebagai gimik susulan dia menggunakan sedutan lagu terbaharunya sebagai latar hantaran berkenaan di Instagram.

Dalam pada itu, Nabila tetap memilih mengunci mulut dan belum bersedia mendedahkan secara terbuka mengenai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilamar teman lelaki, Nabila Razali bakal umum berita gembira... “Ya itu lagu baharu”

ARTIKEL BERKAITAN: “I said yes” - Nabila Razali kongsi foto dilamar teman lelaki, sahkan hubungan dengan Nik Iruwan

Sebaliknya kata penyangi lagu Peluang Kedua itu, dia akan berkongsi butiran mengenai hari bahagianya di media sosial miliknya nanti.

"Bella tidak mahu ulas lanjut tapi apa Bella boleh cakap, nanti Bella akan kongsi semuanya di media sosial... Tunggu sahaja sebab sekarang saya belum sedia untuk berbuat demikian.

"Apa-apa pun Bella minta semua doakan yang baik-baik, semoga semua urusan saya dipermudahkan," ujarnya.

553

Nabila pilih berahsia tentang soal hati.

Pada Ogos lalu, Nabila dan Nik Iruwan dilaporkan mengikat tali pertunangan namun penyanyi itu tidak pernah membuat pengesahan atau menidakkan gosip tersebut.

Baru-baru ini pula, pasangan itu dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 13 November yang juga hari jadi Nabila yang ke-31.

Terbaharu, Nabila dan Nik Iruwan dikhabarkan akan bernikah pada 18 November ini selain mengadakan resepsi di sebuah resort mewah di Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain