suria

Dilamar teman lelaki, Nabila Razali bakal umum berita gembira… “Ya itu lagu baharu”

Nabila tunggu masa sesuai kongsi tentang lagu baharu.

PERKONGSIAN foto pelakon dan penyanyi Nabila Razali dilamar oleh teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani mengejutkan ramai peminat.

Tidak pernah berkongsi mengenai kisah cinta mereka, Nabila, 31, memberitahu dia akan berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Iruwan dalam masa terdekat.

"Saya tak boleh beritahu lagi, nanti saya akan kongsikan dalam masa terdekat.

nabilah

Nabila kongsi foto dilamar pada malam Isnin.

"Ya itu lagu baharu, nanti saya akan kongsi kan ya," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Nabila memuat naik foto dirinya dilamar Iruwan bersama lagu latar dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi yang berjudul New Chapter.

Ia susulan timbulnya desas-desus mendakwa penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 13 November.

ARTIKEL BERKAITAN: “I said yes” - Nabila Razali kongsi foto dilamar teman lelaki, sahkan hubungan dengan Nik Iruwan

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nabila Razali sudah bertunang dengan bekas pelumba litar, pengurus pun baru tahu

Pun begitu, Nabila hanya memuat naik foto memaklumkan dia sudah menerima lamaran Iruwan.

Sekitar Ogos lalu, kecoh Nabila dan Iruwan sudah mengikat tali pertunangan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara tersebut.

Menerusi temu bual bersama mStar, Nabila juga memberitahu cincin di jari manis yang dikatakan tanda sudah bertunang adalah sekadar aksesori biasa.

nab

Nabila akan kongsi kisah percintaan bila sudah bersedia.

Tambah Nabila, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia.

Pada 25 Oktober lalu, Nabila teruja memberitahu dia sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain