suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Momen sebak anak tatap jenazah bapa… Wajah Kapten AA masih kemerahan, ramai kagum kebesaran Allah

Anak gagal menahan air mata ketika menatap wajah Kapten AA buat kali terakhir.

SALAH seorang anak kepada Allahyarham Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA tidak dapat menahan sebak ketika berpeluang menatap wajah bapanya yang terbujur kaku.

Momen menyentuh hati itu berlaku ketika Hud menziarahi jenazah bapanya di sebuah bilik penyimpanan jenazah di Muscat, Oman pada Ahad.

Menerusi video [Tonton Video] yang dikongsikan pengasas RareTV, Saiful Nang di Threads, Hud dilihat berdiri di sisi ibunya, Najihah Amirudin, sambil memandang wajah bapanya yang terbaring di dalam ruang penyimpanan khas.

Memakai pelitup muka, Hud kemudian dilihat menitiskan air mata ketika menatap jenazah Kapten AA.

Kesedihan jelas terpancar pada wajahnya ketika berdepan kenyataan bahawa insan yang selama ini menjadi tempat bergantung sudah tiada lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiga anak Kapten AA terbang ke Oman demi bertemu arwah bapa, keprihatinan insan sekeliling undang sebak

Dalam pada itu, keadaan wajah Allahyarham turut menarik perhatian pengguna media sosial apabila ada yang mendakwa kulitnya masih kelihatan kemerah-merahan meskipun sudah beberapa hari meninggal dunia.

"Ya Allah, jenazah seolah-olah baru meninggal dunia sedangkan sudah tiga hari. Syurga buatmu AA.

"Biasa tengok arwah dalam RareTV kulit sawo matang, ni jenazah arwah kulit kemerah-merahan pink," tulis beberapa netizen.

Sementara itu seorang pengguna Threads yang mendakwa pernah bertugas sebagai jururawat dan mengendalikan kes di bilik mayat turut berkongsi pengalamannya.

Menurutnya, kebiasaannya warna kulit jenazah akan berubah menjadi kebiruan atau pucat selepas disimpan di dalam peti sejuk.

"Memang betul jenazah akan berubah warna kebiruan dan pucat apabila simpan dalam peti. Allah SWT betul-betul jaga arwah AA, masih kemerahan kulit arwah. Allahuakbar," jelasnya.

Untuk rekod, Hud bersama dua adiknya, Luth dan Isa, berangkat ke Oman pada pagi Ahad bagi memberikan penghormatan terakhir buat bapa mereka.

Kapten AA disahkan meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis akibat jangkitan paru-paru.

Allahyarham berada di negara berkenaan bersama pasukan produksi bagi menjayakan rakaman program Kembara Wahyu 2027 di Oman yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari.

Artikel Lain