suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lega dah bersalin, Intan Najuwa tak sabar ‘comeback’ berlakon... Anak-anak dah ada penjaga

Intan mula berehat sejak berumah tangga.

PELAKON Datin Intan Najuwa meluahkan rasa teruja untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas selamat melahirkan anak kedua pada 9 Ogos lalu.

Menurut Intan, 29, dia kini sudah bersedia untuk kembali ke lokasi penggambaran memandangkan kedua-dua cahaya matanya akan dijaga oleh individu yang dipercayainya.

“Leganya dah bersalin, tak sabar nak mula berlakon balik! Insya-Allah, ramai yang jaga anak-anak sekarang.

Ramai peminat teruja menanti kemuculan Intan di televisyen.

“Jadi mommy (Intan) boleh perlahan-lahan buat comeback dalam lakonan semula,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Dalam pada itu, Intan berkata dia kini sedang berbincang dan meneliti beberapa tawaran drama untuk dipilih sebagai projek lakonan pertamanya selepas berehat agak lama.

“Sekarang tengah berbincang dan memilih drama mana yang nak dimulakan.

“Teruja tetapi gementar pada masa sama, dah lama juga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Intan Najuwa bersalin normal tak kesampaian, posisi bayi tidak mengizinkan untuk VBAC

ARTIKEL BERKAITAN: Tak senang duduk Intan Najuwa, tengah berpantang pun pelanggan kafe hantar mesej aduan

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak sabar untuk menyaksikan semula kemunculan Intan di televisyen.

Malah, ada yang berkongsi semula judul drama lakonan Intan yang menjadi kegemaran mereka antaranya Tuan Danial, Kekasih Paksa Rela dan Hantu Punya Bos.

Untuk info, Intan mula memperlahankan aktiviti lakonan selepas mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 bagi memberi tumpuan kepada keluarga selain menguruskan perniagaannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain