ENGGAN terus-menerus digelar ‘anak bunian’, Eyra Hazali tampil menjelaskan salah faham yang timbul dalam kalangan netizen selepas dia berkongsi satu kisah misteri mengenai perjalanan hidupnya.Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 28, perkongsian tersebut menyebabkan ada pihak mempersoalkan status ayah kandungnya selain mempertikaikan kesahihan perkahwinannya dengan suami, Haziq Nadzli. “Perkara ini telah mengundang beberapa fitnah yang agak melampau melibatkan ibu bapa saya.Eyra kesal dengan pelbagai fitnah melibatkan rumah tangga dan ibu bapanya.“Antara fitnah itu adalah saya dikatakan anak bunian. Ada juga yang mempersoalkan betul ke ayah saya ayah kandung.“Selain itu, ramai persoal perkahwinan saya dengan suami sah atau tidak. Perkara ini dah jadi tak sedap untuk didengar,” katanya menerusi hantaran di Threads.Jelas Eyra, gelaran ‘anak bunian’ itu sebenarnya tercetus daripada gurauan adik-beradiknya yang mengetahui kisah misteri pernah berlaku dalam kehidupannya.ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ambil antibiotik, Eyra Hazali dinasihat jalani pembedahan buang tonsilARTIKEL BERKAITAN: Haziq Nadzli terima banyak DM wanita, Eyra Hazali tahu ‘password’ suamiMalah, dia berharap orang ramai tidak menidakkan pengalaman yang dilaluinya hanya kerana mereka tidak pernah berdepan perkara sama.“Saya tidak pernah sebut saya anak bunian. Saya cuma cakap adik-beradik mengusik saya anak bunian disebabkan kisah misteri selepas ibu saya buang televisyen lama di kawasan hutan.“Kalau anda tak rasa perkara itu, anda tidak boleh menidakkan pengalaman orang. Tak boleh cakap perkara itu tak terjadi hanya kerana anda tak lalui.“Dalam dunia ada macam-macam cerita. Apa yang kita boleh percaya, ini semua adalah kuasa Allah.Eyra kongsi pengalaman yang jarang dilalui orang lain.“Jangan buat spekulasi sehingga mengundang orang lain bercakap perkara yang tidak baik,” katanya.Sebelum ini, Eyra menerusi podcast Sembang Seram berkongsi kisah mengenai keadaan ibunya yang disahkan hamil selepas membuang sebuah televisyen lama di kawasan hutan.Menurutnya, perut ibunya kemudian membesar secara tiba-tiba sebelum pemeriksaan doktor mendapati wanita itu sebenarnya sedang hamil tujuh bulan.Lebih mengejutkan, bayi dalam kandungan tersebut adalah dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!