PELAKON Eyra Hazali mendedahkan suaminya Haziq Nadzli yang kini beraksi sebagai penjaga gol pasukan Kuching City FC, sering menerima mesej peribadi (DM) daripada wanita di media sosial.Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 27, berkata perasaan kurang selamat atau ‘insecure’ itu wujud, namun kepercayaan serta komunikasi yang baik antara mereka menjadi kunci utama dalam mengawal situasi tersebut. "Sekaranglah kot insecure. Orang Sarawak cantik. Bukan setakat cantik siap DM suami (Haziq) kita lagi. "Kadang-kadang bila Haziq post hantar kami di lapangan terbang, ada yang DM tanya ada dekat Kuching ke? Ramai saja. Eyra (kiri) meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada suaminya."Tapi Alhamdulillah Haziq memang kongsi password dengan saya jadi setiap kali ada notifikasi memang masuk kepada saya (dapat baca)," katanya. Eyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok Homegrown. Dalam pada itu, Eyra meluahkan rasa syukur kerana suaminya tidak melayan mesej daripada wanita lain dan sentiasa mengutamakan keluarga.Menurutnya, dia memilih untuk tidak memperbesarkan isu berkenaan kerana rasa percaya kepada suaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Kesilapan Haziq Nadzli undang kecaman netizen… Eyra Hazali tak boleh terima doa suami lumpuhARTIKEL BERKAITAN: Lawak suami kena simbah asid tak kelakar, netizen minta Eyra Hazali ‘report’ komen biadab"Haziq memang tak layan. Alhamdulillah Haziq ini apa yang saya kenal dia memang bukan seorang yang melayan. "Insya-Allah, kita tidak boleh menjanjikan tetapi Haziq seorang family man. Apa-apa dia akan beritahu saya dulu. Saya rasa selagi tak melampui batas insya-Allah tak ada apa-apa. "Saya tidak mahu besarkan perkara ini kerana suami pun tak melayan, buat apa kita nak layan," ujarnya. Meskipun mengakui kadangkala terdetik untuk membalas mesej tersebut, Eyra berkata dia cuba mengawal diri, malah Haziq sendiri mengambil langkah menyekat akaun yang mencurigakan."Walaupun tangan ini gatal saja nak reply tapi insya-Allah rasa insecure itu tak ada. Haziq (kanan) dan Eyra (kiri) dikurniakan empat orang anak lelaki."Haziq punya tangan pun rajin untuk block akaun. Kalau tengok orang yang dia block memang ramai perempuanlah. "Kadang-kadang perempuan macam itulah. Bila tengok lelaki dah berjaya terutamanya bila ada isteri. Itu yang mereka lebih tertarik dengan suami orang," katanya. Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 6, Muhammad Endra Haqimie, 4, dan Muhammad Hud Ezqandar, 2 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!