TINDAKAN penyanyi Syamel mempromosikan single terbaharunya berjudul Pertama sekali lagi mencuri perhatian apabila satu klip video yang dimuat naik bersama pelakon wanita mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan video berkenaan yang memaparkan aksi mesra serta gurauan antara Syamel dan Sharmaine Alexander yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 2025. Menurut netizen, cara promosi tersebut dianggap berlebihan dan tidak sensitif, lebih-lebih lagi kerana penyanyi berkenaan sudah bergelar suami dan bapa.Netizen mohon agar Syamel (kiri) menjaga hati isteri."Tak sukalah gurau macam ini. Syamel isteri awak mungkin tak cakap tapi saya wakilkan isteri-isteri sedunia nak cakap sedih tu nombor dua, malu nombor satu sebab suami mudah sangat pegang, bergambar dan kongsi video macam ni. "Sikit-sikit sudahlah. Lebih-lebih menyampah pula nampak. Tak lucu dah. Kalau tak mahu jaga air muka sendiri, fikirlah perasaan isteri yang sama-sama dalam industri," tulis netizen. Dalam pada itu, ada juga netizen yang menasihatkan agar kandungan seumpama itu dikurangkan bagi menjaga hati isteri Syamel iaitu penyanyi Ernie Zakri.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh sentuh pelakon wanita dalam MV ‘Pertama’, Syamel terus hubungi Ernie ZakriARTIKEL BERKAITAN: Kesilapan teknikal punca ‘Hamba Cinta’ gagal mara ke SFMM40, Syamel terkilan hampakan harapan peminatMeskipun tujuan kandungan dibuat hanya untuk mempromosikan lagu, namun ia dilihat sangat tidak sesuai dan mengundang kecaman ramai. "Jagalah hati perasaan dan maruah isteri tu. Faham buat content main-main saja tapi dah ada anak isteri tu, minta kurangkanlah buat video yang mengundang kecaman," tulis netizen. Sebelum ini, Syamel berkongsi video promosi lagu Pertama bersama model muzik video (MV), Sharmaine, dengan kapsyen yang memuji wanita berkenaan.Video promosi lagu Pertama sekali lagi mengundang pelbagai reaksi netizen."Kelakar orangnya, baik, bijak dan peramah. Katanya kepada lelaki itu," ujar Syamel. Sebelum ini Syamel menerusi temubual bersama mStar memohon maaf sekiranya babak dalam MV Pertama menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.Katanya, terdapat andaian kononnya berlaku sentuhan antara dia dan Sharmaine ketika penggambaran, namun perkara itu tidak benar sama sekali.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!