PENYAMPAI radio Era FM, Radin kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.Menerusi perkongsian di Instagram radio Era FM, Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, tampil segak mengenakan persalinan lengkap baju Melayu berona putih.Radin (kiri) menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 kepada Nur Amirah. Dalam majlis tersebut, Radin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 kepada isterinya.Majlis pernikahan yang berlangsung di Ukay’s Hills, Ampang itu dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik tak profesional urus majlis nikah Fattah, Amira… Radin terima teguran dengan hati terbukaARTIKEL BERKAITAN: Saiful Nizam Ismail ‘back up’ Radin, pesan terus perbaiki diri… “Kita tak mampu puaskan hati semua”Suasana turut bertukar hiba apabila Radin dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyaksikan paparan foto Allahyarham kedua-dua ibu bapanya yang ditayangkan di skrin.Untuk rekod, Radin dan Amirah difahamkan mula berkenalan sejak setahun lalu, namun hubungan mereka tidak pernah didedahkan kepada umum.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!