SELEPAS sembilan tahun terlibat dalam dunia seni, penyanyi Andi Bernadee tidak pernah melihat dirinya terlambat untuk tampil dengan album solo pertama.Bagi Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 35, tempoh sembilan tahun sudah cukup menjadikan dia lebih matang untuk memilih arah muzik terbaik buat dirinya. Malah, pengalaman selama ini juga dijadikan satu pengajaran untuk dia lebih berhati-hati dalam proses menghasilkan album berjudul Ding Geding.Andi tunggu masa sesuai untuk melancarkan album pertama. "Tempoh sembilan tahun cukup untuk saya belajar tentang apa itu industri muzik. Bukan sahaja tentang lagu, tetapi termasuk orang-orang dalam industri."Saya belajar tentang pembuatan lagu, menulis lirik dan bagaimana untuk berurusan dengan orang-orang yang terlibat dalam muzik," ujarnya.Andi sebelum ini melancarkan lagu berjudul Aku Nak Kahwin sebagai pengenalan kepada album berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pulih daripada masalah kesihatan, Andi Bernadee luah ‘Aku Nak Kahwin’ ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan rehat, Andi Bernadee tolak banyak tawaran kerja... Bimbang rebah atas pentasMeletakkan sepenuh komitmen, penyanyi ini juga memberitahu dia terlibat secara langsung dalam proses pembikinan yang sudah bermula sejak tahun lalu.Dianggap sebagai 'bayi' pertama dalam kerjaya seninya, Andi mahu segala aspek memenuhi kehendaknya."Sebagai penyanyi, mestilah memasang impian untuk memiliki album, sekurang-kurangnya satu.Andi teliti dalam setiap pemilhan konsep album baharu. "Mestilah saya terlibat 100 peratus dalam album ini. Semua aspek seperti visual, lagu dan konsep saya ambil tahu. Saya kena buat betul-betul untuk album ini," ujarnya.Biarpun begitu, penyanyi ini sedar dia perlu akur dengan penerimaan peminat.Andi dalam masa sama berharap semua karya dalam album berkenaan dapat diterima baik selepas dilancarkan."Selagi album belum dilancarkan sepenuhnya, saya tak anggap ia sebagai satu pencapaian. Apa pun yang berlaku nanti, saya akan usahakan untuk album ini dilancarkan secara rasmi," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!