suria

Uyaina Arshad kongsi insiden ngeri, penjenayah disyaki bawa dadah rempuh kereta ibu bapa

Uyaina berkongsi detik cemas kejadian kemalangan jalan raya melibatkan ibu bapanya.

PENGACARA Uyaina Arshad berkongsi detik cemas satu kejadian berlaku kepada ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, kejadian pada malam Jumaat itu seolah-olah seperti babak dalam filem di mana pasukan polis mengejar penjenayah. 

Katanya suspek berkenaan dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki ibu bapanya dengan kelajuan tinggi.

Uyaina bersyukur kerana ibu bapanya selamat dalam kemalangan jalan raya.

"Rasa macam adegan dalam filem. Polis sedang mengejar penjenayah yang didakwa membawa dadah. 

"Penjenayah itu melanggar lampu merah lalu merempuh kereta ibu bapa saya dengan kelajuan penuh," katanya. 

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad mulakan simpanan untuk anak sejak kecil, daftar Tabung Haji ketika bayi baru tiga bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad beri amaran kepada tetamu, jangan cium bayi... Tak kisah dilabel ‘overprotective’

Dalam pada itu, Uyaina turut meluahkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya terselamat daripada kejadian tersebut tanpa sebarang kecederaan serius.

"Bangun pagi ini dengan rasa penuh syukur. Apa yang berlaku malam tadi (Jumaat) boleh saja bertukar menjadi tragedi. 

"Terima kasih Allah kerana melindungi orang-orang yang saya sayang. Terima kasih kerana masih meminjamkan mereka kepada saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain