MASIH dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa meminta pelanggan kafe berhubung terus dengan kakitangan bertugas sekiranya ada sebarang aduan berkaitan premis perniagaannya itu.Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, buat masa ini dia masih dalam tempoh berpantang dan pelanggan boleh merujuk kepada staf bertugas untuk tindakan segera. “Kalau datang ke kafe saya dan ada apa-apa yang hendak diadu atau tidak puas hati, cakap terus kepada staf dan barista saya. Intan perlu masa untuk pulih selepas bersalin."Insya-Allah, mereka boleh bantu dan selesaikan terus pada ketika itu juga," katanya menerusi hantaran di Threads.Kata Intan setiap aduan yang diterima menerusi mesej di media sosialnya membuatkan dia tidak mampu menikmati tempoh berpantang dengan baik.Justeru itu, dia meminta pelanggan merujuk terus sebarang isu kepada staf bertugas.“Bukannya apa, kita ini jenis yang tidak boleh duduk diam. Saya tengah dalam pantang. ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa timang cahaya mata kedua, pilih nama Imane LaudyaARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Intan Najuwa bersalin normal tak kesampaian, posisi bayi tidak mengizinkan untuk VBAC"Kalau dapat DM (mesej langsung) mengenai perkara seperti ini, boleh menyebabkan saya dengan perut bekas C-section terus datang ke kafe jadi Ultraman betulkan itu dan ini.“Jadi, tolong ya semua, kalau ada apa-apa, beritahu mereka (staf). Saya hanya berpantang selama 44 hari sahaja,” ujarnya.Sekadar info, Intan mengusahakan perniagaan makanan dan minuman menerusi jenama Dico Brew Pastries & Coffee yang menawarkan konsep kafe dengan pilihan pastri dan kopi.Intan tak tenang menerima aduan mengenai perniagaannya.Pada 9 Ogos lalu, Intan selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang diberi nama Imane Laudya.Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!