BAHANG Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) semakin dirasai apabila ramai peminat dan rakan artis berkongsi pengalaman peribadi semasa penganjuran edisi terdahulu. Antara yang menarik perhatian adalah hantaran yang dibuat oleh penyanyi Haiza semasa persembahan Allahyarham Rohana Jalil menyampaikan lagu Jangan Main Mata dalam edisi AJL9 pada tahun 1994. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, kelihatan pelakon dan pengacara Allahyarham Jaafar Onn turut sama tampil di atas pentas mengiringi persembahan Rohana. Perkongsian Haiza di Threads. Berkongsi kisah di sebalik persembahan tersebut, Haiza, 46, berkata kemunculan Jaafar sama sekali tidak dirancang."Kak Ana (Rohana) pernah kongsi cerita kenapa Papa (panggilan Jaafar) naik pentas. Papa nak datang tengok AJL masa ini tetapi tempat duduk tiada. "Kak Ana terus cadang Papa buat kemunculan istimewa waktu dia perform. Bukan setakat tempat duduk, terus dapat masuk televisyen," ungkapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teka bakal juara AJL40... Neelofa pula senaraikan nama Aina, Aisha dan K.O.I ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mengapa ujian Allah“ - Aisha Retno penat dituduh tak profesional menjelang AJL40Haiza dalam masa sama turut menyifatkan dua individu berkenaan sebagai penghibur yang hebat dan akan sentiasa dikenang. "Dua figura yang sangat dekat di hati saya. Al-Fatihah buat kesayangan saya Papa Jaafar Onn dan Kak Rohana Jalil," luahnya. Untuk rekod, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023, manakala Allahyarham Jaafar Onn pula menghembuskan nafas terakhir pada 3 April 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube