suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau nak popular dah lama aku buat” - Farah Ahmad pilih jalan susah, tak menumpang sesiapa untuk dikenali

Farah tepis dakwaan tumpang populariti.

PELAKON Farah Ahmad menepis tanggapan segelintir pihak yang melihat kemunculan semulanya dalam industri seni kerana menumpang populariti orang lain.

Menegaskan dirinya tidak pernah mengejar populariti, Farah, 49, memberitahu sepanjang penglibatannya sebagai pelakon, dia menolak sebarang bentuk kontroversi hanya untuk dikenali.

"Bila masa aku kejar popular? Aku ceburi bidang seni yang orang luar kata sampah ini sejak tahun 1990-an.

Perkongsian Farah di Threads. 

"Kalau nak popular, dah lama aku boleh buat dan akur dengan sistem pemasaran kontroversi yang ditawarkan untuk menarik minat dan nafsu.

"Seni bukan mainan boneka. Korang yang membonekakan perasaan sendiri," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Farah dalam masa sama menjelaskan segala pencapaian yang diperoleh kini adalah hasil usaha sendiri menimba ilmu sejak awal pembabitannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Ahmad bimbang lepaskan anak ke sekolah, saran ibu bapa segera daftar anak vaksin 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rasa jijik lakon babak cium dan jilat kaki Farah Ahmad, Hariz Hamdan lakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon

Malah, sebagai pelakon berpengalaman, Farah melihat setiap hasil kerjanya itu sebagai satu bentuk perkongsian untuk penonton.

"Bakat atau apa yang aku ada, aku cari sendiri. Aku pilih jalan susah sebab aku faham apa itu senang selepas susah.

"Aku tak tumpang sesiapa. Aku hanya berkongsi rasa dan masa kerana kerja seni perlukan kerjasama," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain