suria

Farah Ahmad bimbang lepaskan anak ke sekolah, saran ibu bapa segera daftar anak vaksin

Farah bersama tiga orang anaknya.

PERASAAN bimbang melepaskan anak-anak bersekolah membuatkan pelakon Farah Ahmad membuat persediaan dari segi mental dan fizikal bagi menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Menurut Farah, sebagai seorang ibu sudah perlu memastikan anak-anaknya mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menjaga kebersihan agar tidak berlaku jangkitan Covid-19 ketika di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri arwah Pitt Hanif terima komen lucah, Syafie Naswip buru pemilik akaun Facebook Kambing Kacak - “Mohon kuasa viral anda bantu mereka”

"Kita tak boleh jalani kehidupan seperti dulu. Sekarang lebih penting untuk kita fokus membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk jalani kehidupan di norma baru.

Saranan saya, ibu bapa daftarkan anak untuk program vaksinasi di MySejahtera.

FARAH AHMAD

PELAKON

"Sebagai seorang ibu memang agak risau tapi saya harus akur. Tapi akur dalam keadaan yang bijak dan lebih positif

"Disiplinkan diri, ikut SOP yang disarankan oleh KKM dan menjaga kebersihan. Ini bukan masanya untuk kita menuding jari. Kita jaga kita," katanya.

Farah merupakan balu kepada pengarah Allahyarham Pitt Hanif mempunyai tiga orang cahaya mata berusia lapan hingga 17 tahun.

Dia baru sahaja keluar dengan filem Frontliner yang mengisahkan tentang kehidupan barisan hadapan menangani virus Covid-19.

Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun itu menyarankan agar ibu bapa mendaftarkan anak mereka dalam program vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Farah 2

Farah bersama pelakon filem Frontliner.

Bakal memulakan persekolahan tidak lama lagi, menantu kepada pelakon Fauziah Nawi ini bersyukur anak-anaknya memberi respons positif terhadap program itu.

"Saranan saya, ibu bapa daftarkan anak untuk program vaksinasi di MySejahtera. Anak-anak perlu divaksin sebelum ke sekolah bagi mendapat pelindungan dan mengurangkan risiko penularan

"Statistik trend peningkatan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 0-19 adalah sangat membimbangkan. Risau akan ajal dan maut tetapi tetap kena lalui usaha, doa, tawakal dan berfikiran positif

"Anak-anak saya memandang ke hadapan dan memberi respons yang positif terhadap program vaksinasi ini dan mengajak untuk semua orang vaksin agar dapat meneruskan pembelajaran mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or