suria

Mustaqim Bahadon tak letak harapan jadi hero... jauh lagi nak 1 juta pengikut - “Watak utama bukan destinasi anak seni”

Mustaqim setuju dengan syarat yang dikenakan sesetengah stesen TV.

SYARAT yang diletakkan stesen televisyen untuk pengambilan pelakon sejuta pengikut di laman sosial masih menjadi topik bualan banyak pihak termasuk pelakon Mustaqim Bahadon.

Menurut Mustaqim, pihak stesen televisyen mungkin mempunyai sebab tersendiri mengambil pelakon mempunyai ramai pengikut terutamanya dalam aspek mempromosikan drama berkenaan di laman sosial mereka.

Namun begitu, dia mempersoalkan sama ada strategi tersebut benar-benar berkesan meraih rating tinggi dalam sesebuah drama yang disiarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto tak berbaju, Namron sindir stesen TV ambil pelakon 1 juta ‘follower’ - “Saya nak kerja dengan yang berbakat... bukan sekadar popular!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai serbu ‘barber shop’ Mustaqim Bahadon, lega kembali operasi selepas 4 bulan tutup - “Rambut masing-masing dah macam semak samun”

"Saya setuju dengan kehendak stesen TV yang meletakkan syarat pelakon memiliki sejuta pengikut di laman sosial menghiasi drama atau projek.

Mustaqim 1

Mustaqim akur dengan kehendak stesen TV mahukan pelakon dengan pengikut sejuta di Instagram,

"Saya pun akur dengan kehendak tersebut. Bagi saya, mungkin jutaan pengikut di media sosial akan membantu mempromosikan sesuatu karya itu.

"Tapi sejauh mana keberkesanan terhadap sesebuah cerita? Adakah penonton nak tengok pelakon jutaan pengikut atau jalan cerita?" kata Mustaqim kepada mStar.

Sebelum ini, pemilik Zeel Productions iaitu Haji Zeel mendedahkan terdapat stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki sejuta pengikut di Instagram sebagai watak utama.

Ekoran itu, pelakon Namron tampil dengan cara sarkastiknya menyahut cabaran sebuah stesen televisyen dan segelintir penerbit dengan berkongsi foto tanpa baju di Instagram.

Bagi saya, watak utama sebagai hero itu bukan satu destinasi seorang anak seni.

MUSTAQIM BAHADON

PELAKON

Namron secara sinis memberitahu dirinya memerlukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di platform berkenaan bagi melayakkan dirinya menerima tawaran berlakon.

Dalam pada itu, Mustaqim mengakui dia tidak pernah berasa kecil hati apabila tidak ditawarkan sebagai watak utama memandangkan pengikutnya hanya 294,000.

Bagi pelakon drama Pujaan Hati kanda ini, dia hanya berharap dapat melakukan semua watak yang diberikan dengan baik.

Mustaqim 2

Mustaqim tidak sasarkan watak utama.

"Macam saya, pengikut hanya dalam lebih kurang 200,000 agak jauh untuk saya mencapai syarat yang ditetapkan.

"Namun saya tak pernah berasa kecil hati dengan kenyataan 'ada sejuta pengikut baru boleh jadi hero'.

"Bagi saya, watak utama sebagai hero itu bukan satu destinasi seorang anak seni yang betul-betul letakkan hati dalam bidang lakonan... macam saya.

"Sasaran saya dalam industri ini bukan sebagai hero tapi sebagai seorang yang boleh bawa apa saja watak yang diberikan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain