suria

Seronok jadi geng basikal, Akim Ahmad ingatkan diri tak mahu membazir

Akim seronok dapat melakukan aktiviti berbasikal.

BAGI mengisi masa lapang ketika negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Akim Ahmad mula berjinak-jinak dalam sukan berbasikal.

Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, dia hanya bermula dengan membeli basikal lipat terpakai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau kacau famili aku, kau rasa kau siapa?” - Akim Ahmad bengang model Vietnam tuduh Stacy kuat cemburu, MV ‘Rampas’ disunting buang aksi sensitif

Masih baharu dalam sukan tersebut, penyanyi berusia 30 tahun ini enggan membazir dengan mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk basikal.

Akim 1

Akim tidak mahu belanja terlalu mewah untuk basikal.

"Bermula dengan basikal lipat yang dibeli ‘second hand’, saya kini memiliki basikal yang gear tidak boleh diubah.

"Tidaklah terlalu mahal, namun harganya bersesuaian dengn orang yang masih baru seperti saya. Bagi saya, tidak perlu membelanjakan terlalu mewah.

"Saya masih baru dan tidaklah terlalu hebat lagi. Cukuplah dengan apa yang dibeli berdasarkan kajian yang dibuat untuk beberapa tempoh.

Bagi saya, tidak perlu belanja terlalu mewah.

AKIM AHMAD

PENYANYI

"Saya hanya ingin mengembangkan lagi kemahiran dalam sukan basikal," kata Akim kepada mStar.

Sebelum ini, suami kepada penyanyi Stacy itu memuat naik foto dia menghabiskan masa dengan aktiviti berbasikal di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bayang ini memberitahu dia kerap mengayuh basikal dari rumahnya ke studio.

Akim 2

Akim mengayuh basikal bersama rakan-rakan termasuk penyanyi Hafiz Suip.

"Saya mengayuh dari rumah ke studio, walaupun tidak terlalu jauh tetapi keadaan jalan yang berbukit-bukit membuatkan keluar juga peluh jantan saya.

"Apatah lagi, saya sekarang pun sudah masuk usia 30 tahun... jadi perlu la menitik beratkan soal kesihatan.

"Selain dapat membantu mengeluarkan peluh, sukan basikal ini juga menyumbang dari segi stamina," ujar Akim.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain