suria

[VIDEO] Selepas helikopter, Hairul Azreen diajak naik kapal layar mewah milik jutawan Vincent Tan! - “Ini baru betul-betul geng kayangan”

Netizen teruja melihat anak-anak Hairul bertemu dengan Tan Sri Vicent Tan.

BUKAN sahaja bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter, malah pelakon Hairul Azreen sekeluarga turut berpeluang menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada Ahad.

Berkongsi pengalaman itu, Hairul tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula borak kosong akhirnya dapat arah filem... Hairul Azreen baru sedar ada bakat terpendam sebagai pengarah

Pelakon berusia 33 tahun meluahkan rasa teruja menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan itu.

“Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia.

"Tan Sri Vincent Tan... lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady. Rezeki anak-anak," kata Hairul.

Terdahulu, pemilik nama Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada di atas kapal mewah milik jutawan berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan.

Tan Sri Vincent Tan... lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

"Rezeki anak-anak you... celik mata dapat jumpa jutawan Malaysia. Aku hidup separuh abad pun tak dapat merasa ini semua.

"Abang Hairul sentiasa berutung dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah... semoga keluarga semua dipermudahkan.

"Ini baru betul-betul geng kayangan!”komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

Hairul

Hairul sekeluarga bercuti di Pulau Redang.

Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua orang anaknya ke Pulau Redang, Terengganu menaiki helikopter perhatian netizen.

Pelakon itu turut dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain