suria

Penyanyi Sabah, Rudy Zil sedar kepentingan hak cipta selepas sertai bengkel M Nasir, kini komposer eksklusif Luncai Emas

Rudy kini lebih peka mengenai hakcipta sesebuah karya.

PENYANYI berasal dari Sabah, Rudy Zil bersyukur apabila karya ciptaannya dapat diketengahkan selepas menyertai bengkel anjuran syarikat rakaman Luncai Emas milik Datuk M Nasir pada 2017.

Pemilik nama Mohd Fadzil Madi ini turut berterima kasih kepada syarikat rakaman tersebut yang membuka matanya mengenai kepentingan hak cipta sebuah karya.

"Alhamdulillah, menerusi bengkel yang dianjurkan oleh Luncai Emas di Dewan JKKN Kota Kinabalu, Sabah, saya berpeluang ketengahkan lagu ciptaan saya.

"Kesemua lagu–lagu tersebut sudah pun didaftar di semua saluran digital dan saya juga telah menjadi komposer secara eksklusif di bawah Luncai Emas.

Selepas 10 tahun akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya oleh saya itu telah siap sepenuhnya.

RUDY ZIL

PENYANYI

"Berkat Luncai Emas, lagu-lagu saya mula berkumandang disiaran digital untuk pendengar di Sabah mahupun seluruh Malaysia.

"Luncai Emas juga membuka mata saya tentang pentingnya hak cipta sesebuah karya itu harus dijaga," kata Rudy.

Bengkel tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni khususnya tentang kesedaran dan kepentingan hak cipta dalam setiap karya.

Selain perkongsian tip dan cara membuat lagu hits oleh M.Nasir serta pembikinan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit.

Rudy 2

Rudy bersyukur karya ciptaannya dapat dipertengahkan.

Dalam pada itu, Rudy kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Jaga Dirimu yang dicipta sejak 10 tahun lalu.

"Selepas 10 tahun akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya oleh saya itu telah siap sepenuhnya. Lagu yang mengisahkan tentang merelakan perpisahan dan memberi pesan tetap jaga diri dengan baik.

"Saya tulis lagu itu sejak 2011 namun liriknya baru siap pada tahun ini. Lagu ini diterbitkan oleh Benn's Studio (Ben Simon Bukag).

"Ia mengambil masa empat bulan untuk siap disebabkan PKP yang silih bersambung. Dari Februari sampailah Jun tahun ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain