suria

“Kau kacau famili aku, kau rasa kau siapa?” - Akim Ahmad bengang model Vietnam tuduh Stacy kuat cemburu, MV ‘Rampas’ disunting buang aksi sensitif

Akim Ahmad bengang dengan dakwaan model muzik videonya yang menuduh Stacy cemburu.

GARA-GARA lakonannya dalam muzik video (MV) Rampas nyanyian kumpulan Akim & The Majistret (ATM) tidak dikeluarkan, seorang model berketurunan Jerman-Vietnam yang dikenali sebagai Jade Yanh meluahkan kekecewaannya di Twitter.

Menurut model tersebut, dia diberitahu aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada vokalis kumpulan tersebut cemburu menonton babak-babak dalam MV berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ambil risiko, Stacy hanya benar anak-anak bermain di rumah - “Memang kesian tapi terpaksa demi keselamatan mereka”

"Kisah ini masih kedengaran lucu kerana saya ke Malaysia untuk membintangi satu muzik video tapi ia tidak jadi ditayangkan.

"Saya difahamkan isteri kepada vokalis utama kumpulan itu cemburu (dengan babak-babak dalam MV tersebut)," katanya.

Jade meluahkan perasaan di Twitter.

Menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 30, kemudiannya tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Menurut Akim, tindakan pihaknya menapis beberapa babak yang menampilkan wanita terbabit kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat.

Rampas itu tulisan khas atas pemergian orang yang paling saya sayang, ibu saya. Dengan MV yang pada saya agak sensitif dan keterlaluan, saya rasa tak sesuai untuk saya keluarkan.

AKIM AHMAD

PENYANYI

Menurut suami penyanyi Stacy Anam itu, dia merasakan babak-babak yang dilakonkannya bersama model tersebut adalah tidak bersesuaian dengan situasi yang melibatkan dirinya dan keluarga pada ketika itu.

"Rampas itu tulisan khas atas pemergian orang yang paling saya sayang, ibu saya. Dengan MV yang pada saya agak sensitif dan keterlaluan, saya rasa tak sesuai untuk saya keluarkan.

"Jadi, saya ambil keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua sebab saya masih berpegang pada adat dan budaya timur.

"Saya dah kehilangan ibu, kalau saya keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang Asia, apa pula pandangan kekecewaan yang akan saya dapat daripada ayah saya? Saya tak nak kecewakan ayah dan keluarga," kata Akim.

Akim menjelaskan sebab sebenar kenapa MV Rampas edisi pertama tidak jadi ditayangkan.

Akim turut menyifatkan tindakan model tersebut sebagai menjejaskan perasaannya terutamanya pada hari ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Stacy.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Stacy, 31, pada 5 Februari 2016.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan termasuk seorang anak angkat iaitu, Bella De Luna Valentina, 9, dan Eshaal yang kini berusia empat tahun.

"Hari ini ulang tahun perkahwinan aku, kau kacau keluarga aku? Kau rasa kau siapa?" luahnya.

Antara salah satu babak dalam MV Rampas.

Untuk rekod, ibu Akim meninggal dunia pada 5 Mei 2018 akibat komplikasi buah pinggang.

MV Rampas dilancarkan di saluran YouTube pada 7 September tahun yang sama dan kini mencatat lebih 12 juta tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain