suria

Model Vietnam mohon maaf kepada Akim Ahmad, tiada bukti tuduh Stacy cemburu - “Saya tak tahu tentang anniversary, tak ikuti kehidupan mereka”

Jade akui berlaku salah faham dalam komunikasi dan cemburu yang didakwa itu sebenarnya tidak wujud.

SUSULAN kontroversi mengenai video muzik (MV) Rampas nyanyian kumpulan Akim & The Majistret (ATM), model Jade Anh tampil mendedahkan bukti mesej yang dihantar individu yang bertanggungjawab terhadap MV itu.

Bagaimanapun model berketurunan Jerman-Vietnam itu gagal membuktikan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa sifat cemburu isteri Akim iaitu Stacy adalah punca MV itu disunting semula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau kacau famili aku, kau rasa kau siapa?” - Akim Ahmad bengang model Vietnam tuduh Stacy kuat cemburu, MV ‘Rampas’ disunting buang aksi sensitif

"Maaf saya menggigil sebab terlalu marah. Lelaki ini yang bertanggungjawab terhadap MV itu. Isu cemburu disebut menerusi panggilan telefon, jadi tiada dalam mesej. Saya tahu anda akan mengatakan bahawa ini tidak akan membuktikan apa-apa.



Jade membuat permohonan maaf di Twitter.

"Ya, mereka bayar saya dan saya tak pernah kata bahawa saya marah atau kesal dengan keadaan itu. Saya marah kerana team yang bekerja waktu itu sudah berusaha untuk MV berkenaan. Tapi anda hanya jadikan isu mengenai soal pembayaran," katanya menerusi Twitter.

Sementara itu Jade tetap dengan pendiriannya bahawa tindakannya membangkitkan kisah berkenaan sekadar untuk mengimbau pengalaman lama.

"Saya hanya menulis twit untuk bercerita mengenai pengalaman lalu. Tapi anda perbesarkannya dan melabel saya sebagai penipu. Tak pernah inginkan ia menjadi besar seperti ini... untuk itu saya mohon maaf," katanya lagi.

Pada Jumaat, model tersebut mendedahkan aksinya terpaksa ditapis kerana isteri vokalis kumpulan itu iaitu Stacy Anam cemburu menonton babak-babak dalam MV berkenaan.

Saya tak mampu nak jelaskan bahawa twit itu sepatutnya menjadi sesuatu yang melucukan.

JADE ANH

MODEL

Menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim atau nama sebenarnya, Aq Hakim Ahmad, 30, kemudiannya meluahkan rasa berang terhadap dakwaan model muzik video itu yang menuduh Stacy cemburu.

Menurut Akim, tindakan pihaknya menapis beberapa babak yang menampilkan wanita terbabit kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat.

Lebih memburukkan keadaan apabila Akim turut menyifatkan tindakan model tersebut sebagai menjejaskan perasaannya terutamanya pada hari ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Stacy.



Jade adalah model keturunan Jerman-Vietnam.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Stacy, 31, pada 5 Februari 2016.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Jade berkata dia tidak berniat untuk mendapatkan perhatian.

"Saya tak mampu nak jelaskan bahawa twit itu sepatutnya menjadi sesuatu yang melucukan. Tak sangka anda akan cari siapa yang saya maksudkan.

"Maaf kepada penyanyi dan isterinya yang saya tak akan sebutkan nama. Kerana salah faham saya saya diberitahu ia berlaku kerana dia cemburu.

"Tapi sekarang saya tahu ia bukan sebab itu. Malah saya tak tahu mengenai ulang tahun perkahwinan mereka, saya tak ikuti kehidupan mereka," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain