NAMA terpalit dengan dakwaan melakukan penipuan dan penyelewengan dana pelaburan berjumlah kira-kira RM1.3 juta, pempengaruh media sosial Aisar Khaled tampil memberikan respons ringkas berhubung kontroversi berkenaan.Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel, 26, hanya memohon agar urusannya dipermudahkan selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. "Semoga Allah mudahkan. Doakan ya," tulisnya ringkas menerusi satu hantaran di Instagram Story pada malam Isnin. Aisar minta supaya urusannya dipermudahkan. Meskipun tidak menyebut secara terperinci, perkongsian tersebut dipercayai merujuk kepada laporan polis yang dibuat terhadapnya di Indonesia pada Isnin. Dalam pada itu, Aisar turut merakamkan ucapan penghargaan kepada usahawan El Azman yang tampil menitipkan kata-kata semangat buatnya ketika berdepan situasi sukar itu.Menerusi hantaran berasingan, El berkongsi mengenai keperibadian Aisar yang disifatkannya sebagai seorang yang sentiasa bersikap jujur dan suka bersedekah.ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled didakwa seleweng duit pelaburan RM1.3 juta di IndonesiaARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled mohon maaf isu tendang kerusi penumpang dalam pesawat“Terima kasih abang. Terharu saya. Doakan saya,” katanya.Pada Isnin, satu laporan dibuat terhadap Aisar di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia selepas Aisar gagal memberikan sebarang respons setelah dihubungi beberapa kali oleh mangsa. Perkara tersebut dimaklumkan peguam yang mewakili pelapor dikenali sebagai Machi Achmad.Isu tersebut berkaitan perjanjian pelaburan Aisar dan mangsa. “Kami sudah menghantar surat tuntutan sebanyak tiga kali, tetapi tiada jawapan dan dia juga tidak memberikan maklumat mengenai keberadaannya,” ujarnya.Sementara itu, seorang lagi peguam, Michael Sugijanto berkata, pertikaian tersebut berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dengan syarikat milik anak guam mereka. Berdasarkan perjanjian itu, Aisar perlu untuk melakukan kerja secara langsung atau hadir dalam beberapa acara sebagai sebahagian daripada penyelesaian tanggungjawabnya.Bagaimanapun, pihak agensi mendakwa sehingga kini kewajipan tersebut masih belum diselesaikan seperti yang dipersetujui.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube