SUDAH hampir setahun kehilangan suami tercinta, pelakon Zizie Izette masih menyimpan erat kenangan bersama Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham yang disambut pada 15 September, Zizie memilih untuk mengenang insan yang banyak memberikannya pengalaman hidup dengan penuh rasa syukur. Pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad, 47, ini berkata dia mahu menghargai segala kenangan, pengajaran serta nikmat yang pernah dilalui bersama Allahryarham daripada membiarkan hari istimewa ini diselubungi kesedihan."Hari ini merupakan hari lahir arwah. Daripada membiarkan hari ini terasa berat, saya memilih untuk mengenangnya dengan penuh rasa syukur.Zizie mengenang kebaikan Allahyarham suami yang sukar untuk dilupakan."Ada orang yang meninggalkan kenangan, tetapi dia (suami) meninggalkan lebih daripada itu. Sebuah kehidupan yang lengkap, segala pengajaran yang banyak membentuk diri saya, anak-anak kami yang menjadi anugerah terindah serta legasi yang akan terus menjadi panduan buat kami."Segala-galanya adalah dengan izin Allah, namun dia menjadi ‘jalan’ kepada begitu banyak nikmat yang hadir dalam hidup saya," katanya. Zizie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Selasa. Dalam pada itu, Zizie memberitahu segala kenangan dan nilai baik yang ditinggalkan Allahyarham akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka sekeluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Zizie Izette bidas tuduhan cepat ‘move on‘ selepas kematian suami... “Hampir setahun mungkin singkat bagi orang luar tapi hanya saya saja tahu“ ARTIKEL BERKAITAN: “Orang buat macam-macam pun dia tetap maafkan“ - Zizie Izette terkenang arwah Bung Moktar selepas dengar kisah RasulullahMalah, Zizie turut menitipkan doa agar Allahyarham ditempatkan di syurga serta mendapat kedudukan terbaik di sisi-Nya."Jadi hari ini, saya memilih untuk meraikan insan hebat yang pernah hadir dalam hidup saya, insan yang telah menyentuh begitu banyak kehidupan serta segala tentang dirinya yang akan sentiasa kekal dalam diri kami."Selamat hari lahir, Moktar B Radin. Semoga Allah menempatkan arwah di tempat yang paling tinggi di Jannah," ujarnya. Bung Moktar meninggal dunia akibat komplikasi masalah kesihatan.Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua anak angkat. Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube