PELAKON Nam Ron menegaskan setiap anak seni mempunyai hak mutlak untuk menolak sebarang tawaran lakonan jika tidak bersetuju dengan kadar bayaran yang ditawarkan.Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 56, berkata langkah itu adalah jalan terbaik bagi mengelakkan diri daripada ditindas berbanding bersetuju menerima pada peringkat awal namun merungut di kemudian hari. Menurutnya, ia dianggap tidak profesional apabila segelintir pelakon mula membuka cerita di belakang dengan mendakwa produksi tidak menghargai bakat dengan memberikan bayaran yang rendah.Nam Ron berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Saya selalu nasihatkan benda ini kepada kawan-kawan terutama pelakon baharu, kalau sudah terima tawaran lakonan harga rendah itu, janganlah nak bising pula di luar.“Bila sudah terima amaun yang dipersetujui tetapi selepas itu mengata pula di belakang, cakap produksi bayar murah dan tidak hargai bakat. Jangan ambil!"Kalau tidak terima, tak akan ada masalah. Kalau ambil, terima sahajalah,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem Terbang pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Aktor muda ‘berani‘ minta RM100,000 jadi hero filem, Namron syak rakan terdekat pelakon mahu sabotaj kerjayaARTIKEL BERKAITAN: Menang anugerah, filem ‘box office’... Nam Ron kongsi penentu pelakon layak terima bayaran tinggiDalam pada itu, Nam Ron berpendapat seseorang pelakon berhak meletakkan harga tinggi apabila kerjaya seni mereka mempunyai rekod pencapaian yang kukuh.“Kalau nak minta harga tinggi, permintaan tersebut perlu datang dengan bukti seperti filem lakonan sebelum ini pecah panggung, pernah menang anugerah, ada jutaan pengikut media sosial atau meraih sebarang pengiktirafan.“Kalau berlakon kurang lima tahun tetapi minta harga tinggi, sukar juga untuk produksi yang adakalanya bajet mereka terhad,” jelasnya.Nam Ron minta pelakon baharu berpada-pada soal bayaran. Dalam perkembangan lain, Nam Ron bakal muncul menerusi filem terbaharu arahan Chiu Keng Guan berjudul Terbang yang mengangkat kisah inspirasi legenda pelumba rali kebangsaan, Karamjit Singh.Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim ini menemui penonton di pawagam bermula 17 September.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube