PENGERUSI Jawatankuasa Penganjur Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Rosmin Hashim menegaskan proses penjurian bagi setiap kategori dilakukan secara telus tanpa campur tangan mana-mana pihak.Penjelasan itu susulan persoalan yang timbul mengenai pelantikan komposer dan penyanyi Ajai sebagai ketua juri, menerusi lagu ciptaannya, Diari Air Mata nyanyian Aisha Retno turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik. Menurut Rosmin, setiap kategori mempunyai kriteria penilaian berbeza termasuk aspek melodi, lirik, vokal dan beberapa elemen lain yang ditetapkan mengikut kesesuaian."Ada kriteria khusus untuk setiap kategori yang diadili. Juri cuma memberi markah dan setelah itu, ada satu badan bebas yang dilantik untuk mengumpulkan semua markah dan diberi kepada juru audit bertauliah. Rosmin menyifatkan sistem penjurian AIM25 adalah telus dan berintegriti."Pihak itu bertanggungjawab untuk membuat perkiraan dan seterusnya mana-mana lagu yang dapat markah tertinggi itulah yang tersenarai untuk lima calon akhir dan diumumkan sebagai pemenang kelak."Pemilihan dibuat cukup telus dan berintegriti kerana di audit oleh juru audit bertauliah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak bagi mempengaruh keputusan AIM25," katanya ketika ditemui mStar pada Selasa.Mengulas mengenai kedudukan Ajai sebagai ketua juri, Rosmin menjelaskan komposer dan penerbit muzik popular itu tidak terlibat dalam proses memberikan markah terhadap karya yang dipertandingkan.Sebaliknya, tanggungjawab Ajai hanya memberikan taklimat kepada semua juri mengenai kaedah dan proses penjurian yang perlu dilaksanakan.ARTIKEL BERKAITAN: AIM25 cipta sejarah julung kali dianjurkan di SarawakARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sangkal AIM25 berat sebelah, lagu tercalon bukan sebab ciptaan ketua juri Ajai"Para juri ini memang ada yang masih aktif dalam industri muzik, jadi sudah tentu ada lagu-lagu yang ada itu ada kepentingan buat mereka."Namun disebabkan kita ada sistem penjurian yang baik jadi tidak timbul isu berat sebelah."Malah jika ada penglibatan juri dalam mana-mana lagu, maka dia perlu mengecualikan diri daripada mengadili lagu berkenaan," ujarnya. Pemilihan dibuat cukup telus dan berintegriti kerana diaudit oleh juru audit bertauliah. ROSMIN HASHIMPENGERUSI RIMSementara itu, Rosmin berkata pihaknya bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memastikan barisan juri yang dipilih mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing."Apa yang penting RIM sudah melantik juri yang terbaik untuk mengadili setiap kategori dipertandingkan. "Kami mencari individu yang paling layak dengan pengalaman luas dan berkebolehan untuk mengiktiraf kategori tersebut. "Jadi keputusan itu terletak pada para juri yang telah dipilih," katanya.Aisha menerima lapan pencalonan di AIM25.Sebelum ini, timbul dakwaan dalam kalangan netizen mengenai kemungkinan wujud unsur berat sebelah susulan pencalonan Aisha menerusi lagu Diari Air Mata ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada AIM25.Bagaimanapun, Aisha sebelum ini menjelaskan bahawa pemilihan setiap karya yang berjaya ke peringkat akhir merupakan keputusan seluruh panel penilai dan bukannya ditentukan oleh Ajai selaku ketua juri.Malam AIM25 bakal berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Kuching, Sarawak pada 26 September 2026, pukul 9 malam. Acara ini disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh TVS menerusi saluran 122 dan TVS Inspire.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube