PENGANJURAN Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali diadakan di Sarawak sempena sambutan Jubli Perak acara itu.Majlis anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu dijadual berlangsung pada 26 September depan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Pengerusi RIM dan AIM, Rosmin Hashim berkata, penganjuran AIM25 cukup bermakna kerana bukan sahaja meraikan Jubli Perak, malah menjadi simbol evolusi industri muzik tempatan sejak lebih dua dekad lalu.Rosmin sifatkan AIM25 cukup bermakna kerana meraikan sambutan jubli perak."AIM25 amat bermakna kerana kita meraikan Jubli Perak anugerah muzik paling berprestij di Malaysia. Sepanjang 24 edisi lalu, AIM terus mengiktiraf bakat, kreativiti dan dedikasi penggiat muzik tempatan sambil berevolusi mengikut perubahan landskap industri."Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, MTCP Sarawak, TVS dan CATS FM atas sokongan yang diberikan bagi memastikan AIM25 berlangsung dengan jayanya," katanya.Dalam pada itu, AIM25 turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik bagi mengiktiraf kepelbagaian budaya serta perkembangan landskap muzik tempatan.Kategori Lagu Borneo Terbaik diwujudkan bagi menghargai karya yang mengangkat budaya, bahasa, tradisi dan identiti unik masyarakat Sabah serta Sarawak.Manakala, Lagu Perayaan Terbaik pula mengiktiraf lagu yang menjadi sebahagian daripada sambutan pelbagai perayaan di Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan industri muzik 2024 pecah rekod dengan RM339 juta, AIM edisi ke-24 dianjurkan tahun iniARTIKEL BERKAITAN: Keputusan pemenang AIM 24 dipertikai, Siti Nurhaliza anggap setiap penyanyi ada keunikan suara tersendiriSementara itu, AIM25 turut menerima suntikan dana lebih besar apabila Kementerian Komunikasi meningkatkan peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada RM700,000 kepada RM950,000.Daripada jumlah tersebut, pemenang bagi 15 kategori akan menerima geran DKK sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik bakal membawa pulang geran bernilai RM200,000.Selain itu, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak (MTCP) turut menyalurkan geran RM1 juta sebagai sokongan kepada penganjuran AIM25 yang berlangsung di Kuching buat kali pertama.Majlis itu turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi menerusi Geran Digital Content Fund yang diuruskan MyCreative Ventures, manakala TVS bertindak sebagai Penyiar Rasmi dan Rakan Kongsi Penganjur.Bagi edisi kali ini, pencalonan dibuka kepada lagu dan album dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina serta India yang diterbitkan di Malaysia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025.Proses pencalonan bermula 16 Julai hingga 6 Ogos 2026, manakala borang pencalonan boleh didapati menerusi laman web rasmi AIM.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!