PELAKON Siti Khadijah Halim meluahkan rasa syukur apabila sering menerima pujian daripada netizen yang menyifatkan wajahnya masih kelihatan semula jadi.Bagaimanapun, Siti, 29, berharap orang ramai tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap penampilannya kerana bimbang boleh mengundang penyakit ain. "Saya memang nampak juga komen-komen itu. Saya tak ada Threads, tapi ramai kawan yang tangkap layar dan hantar kepada saya.Siti terharu dengan pujian peminat."Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang memuat naik hantaran dan memberi komen yang baik. Cuma saya harap jangan letakkan harapan terlalu tinggi."Takut bila jumpa saya secara berdepan nanti lain pula. Saya pun takut juga dengan penyakit ain kerana ia serius. Takut nanti boleh naik jerawat," katanya kepada mStar.Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan drama Viu di Odeon Kuala Lumpur pada malam Rabu.Mengulas mengenai trend segelintir individu yang memilih untuk menjalani prosedur kecantikan bagi mengubah penampilan wajah, Siti enggan menghakimi kerana ia adalah hak dan keputusan peribadi masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah pilih jawapan selamat - "Kalau suka suami orang, susah pula nanti" ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah bengang foto kena edit, mahu cari dan saman pemfitnahMenurutnya, dia tidak berada pada kedudukan untuk mengulas atau mengkritik pilihan orang lain kerana setiap individu mempunyai alasan tersendiri."Saya rasa perkara ini bukan tempat saya untuk bercakap sebab ini hal peribadi orang lain. Siapalah saya untuk menyibuk?"Pada saya, jangan bercakap lebih-lebih sebab kita pun tak tahu bila masa kita pula diuji. Itu saja, semoga kita semua selamat," ujarnya.Ditanya sama ada seseorang boleh berubah pendirian apabila memiliki kemampuan kewangan yang lebih baik, Siti tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.Siti tak selesa bercakap mengenai hal peribadi orang lain.Katanya, apabila seseorang mempunyai wang lebih, mereka mungkin terdorong untuk meningkatkan penampilan diri termasuk mendapatkan rawatan kecantikan atau melakukan perubahan pada wajah."Bila kita semakin dewasa, kita boleh berfikir. Tapi kadang-kadang wang pun boleh mengubah segalanya."Bila kita ada duit lebih, mungkin kita nak 'upgrade' diri. Mungkin mula-mula pergi buat rawatan, kemudian berubah pula kepada buat dagu atau kening."Kadang-kadang persekitaran juga boleh mengubah kita. Sebab itu saya rasa pesanan untuk diri saya dan orang ramai, jangan bercakap lebih sebab kita tak tahu kita akan ke mana nanti," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!