suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Erma Fatima sibuk jadi ’mak pengantin’ bakal sambut menantu lelaki sulung

Erma seronok berkongsi keterujaannya melakukan persiapan majlis anaknya.

TERUJA bakal menerima menantu lelaki pertama, pengarah dan penerbit Erma Fatima kini sibuk membuat persiapan menjelang majlis pertunangan anaknya, Norain Sofea yang dijadual berlangsung pada 18 Julai ini.

Berkongsi keterujaan itu, Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata dia sendiri menguruskan dekorasi serta gubahan hantaran sebagai hadiah dan kenangan terakhir buat anak perempuannya sebelum melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

"18 Julai ini saya bakal menerima menantu lelaki pertama. Hantaran dan dekorasi semuanya saya buat sendiri kerana ini hadiah terakhir yang dapat saya berikan kepada anak sebagai kenangan," katanya kepada mStar.

Erma sibuk membeli barang untuk persiapan majls pertuangan anaknya.

Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan drama Viu di Odeon Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Menurut Erma, anaknya mempunyai pandangan tersendiri mengenai konsep majlis, namun dia tetap mahu mengekalkan adat Melayu sepenuhnya sepanjang berlangsungnya majlis.

"Memang dia ada pendapat sendiri sebab dia generasi Z. Tapi saya beritahu orang semakin lupa tentang adat Melayu. Jadi saya mahu dia ikut adat Melayu daripada A sampai Z sehingga selesai majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima berang dituduh burukkan agama... “Setidaknya kami masih fikir untuk selamatkan umat daripada terus sesat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Budak ini saya tidak tahu siapa dan tak kenal asal usulnya” - Erma Fatima

"Kalau dia nak buat ikut selera sendiri, dia boleh buat selepas majlis yang saya rancang," ujarnya.

Kata Erma, majlis berkenaan akan menampilkan pelbagai adat tradisi Melayu termasuk berinai, khatam al-Quran, mandi bunga, berarak menggunakan tandu serta paluan kompang.

Malah, dia turut menetapkan agar anaknya mengenakan busana tradisional berasaskan songket dan bukan gaun pengantin, selari dengan konsep yang dipilih.

Erma turut menghiasi rumahnya sebagai persediaan untuk majlis tersebut.

"Dia tak boleh pakai gaun. Kalau nak pakai gaun, buatlah di sebelah pihak lelaki. Untuk majlis saya, dia kena pakai songket dan ikut cara Melayu yang betul," kongsinya.

Sebelum ini, Erma berkongsi video memaparkan dirinya mengunjungi sebuah premis menjual kelengkapan hantaran sebelum dilihat sibuk menyiapkan gubahan untuk majlis pertunangan anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain