ANAK pengarah Aziz M. Osman dan penerbit Puteri Lily Lokman, iaitu Ara Aziz mencuri perhatian apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi pada usia 15 tahun.Lily, 35, berkata, Ara atau Puteri Nur Azzahra Abdul Aziz akan memulakan pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia pada 23 Julai ini selepas berjaya menamatkan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu. Berkongsi perkara itu, Lily, mengakui sedikit gementar melepaskan anak sulungnya menyambung pengajian pada usia yang masih muda.Namun, katanya, dia melihat Ara lebih bersedia mengharungi fasa baharu dalam kehidupannya.Ara teruja melawat tempat pengajiannya."Saya sebagai ibu memang rasa gementar. Saya banyak berikan pesanan kepada dia, tapi dia nampak lebih tenang dan teruja."Sejak kecil dia memang suka sains. Dia bercita-cita mendalami bidang neurologi, namun saya beritahu belajar yang asas terlebih dahulu. Mungkin sepanjang belajar nanti dia akan minat bidang lain."Buat masa sekarang saya bagi dia terokai apa yang dia suka dahulu. Sebelum habis IGCSE lagi saya sudah minta dia buat persediaan awal sebab saya risau dia tak dapat bawa perjalanan belajar yang masih panjang," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Masih ingat Ara? Anak Aziz M. Osman sudah 14 tahun, bakal lanjut pelajaran di universiti tahun depanARTIKEL BERKAITAN: Baru usia lima tahun dah berdoa minta jodoh, anak Aziz M. Osman impi doktor yang tak tinggal solatTambah Lily, Ara akan mengikuti program asasi selama setahun sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah bagi merealisasikan impiannya menjadi pakar bedah otak.Berkongsi mengenai kejayaan anaknya itu, Lily mengakui sentiasa memberikan penekanan terhadap aspek pendidikan Ara sejak kecil."Saya memang obses dengan anak-anak ini. Dari dulu lagi saya beri perhatian terhadap pendidikan dia. Dari kecil memang saya biasakan dia dengan rutin belajar.PUTERI LILY LOKMANPENERBIT"Ara merupakan anak tunggal saya selama tujuh tahun sebelum dapat adik. Sepanjang tempoh itu, fokus saya banyak kepada dia dan berikan pendidikan terbaik dalam apa sahaja yang saya mampu," ujarnya.Dalam pada itu, Lily menyangkal dakwaan yang mengaitkan kejayaan anaknya dengan tahap kecerdasan semata-mata sebaliknya pencapaian Ara banyak dipengaruhi disiplin dan rutin pembelajaran yang diterapkan sejak kecil."Bukan sebab gifted atau apa. Alhamdulillah kalau itu ada, tapi saya tak pernah jalankan ujian IQ pada dia sebab takut jadi riak atau apa kerana perjalanan dia masih jauh lagi.Ara merupakan anak sulung Lily dan Aziz M. Osman (kanan)."Dari kecil memang saya biasakan dia dengan rutin belajar. Setiap hujung minggu ada tugasan seperti mencari perkataan baharu dalam kamus dan membina ayat. Bila dah jadi rutin, dia sendiri rasa pelik kalau tak buka buku," kongsinya.Untuk rekod, Ara merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman.Pasangan itu juga memiliki seorang anak lelaki, Putera Muhamad Aryan yang kini berusia lapan tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!