suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atikah Suhaime ulas isu uniform Jazmy Juma dalam drama

Atikah tampil berkongsi realiti sebenar di sebalik penghasilan sesebuah drama TV.

PELAKON Atikah Suhaime tampil memberikan respons jujur berhubung kritikan netizen terhadap logik penceritaan sebuah drama terbaharu televisyen tempatan.

Sedar akan kelemahan jalan cerita sesetengah naskhah, Atikah, 35, mendedahkan kadangkala pelakon tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menuruti arahan pengarah dan skrip yang sudah ditetapkan.

Jelasnya, tugas sebagai anak seni perlu diteruskan walaupun menyedari babak yang dilakonkan itu tidak masuk akal demi kelangsungan hidup.

Hantaran Atikah di Threads miliknya. 

"Kadang-kadang, pelakon kita tidak boleh lawan (membantah). Walaupun benda itu kadangkala tidak masuk akal. 

"Berlakon sahajalah janji boleh bayar sewa dan juga bil. Itu satu masa dahulu," tulisnya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, netizen mempersoalkan gaya pemakaian watak utama lakonan Jazmy Juma drama Yes! Captain Zul Aaryan yang dilihat sentiasa mengenakan uniform juruterbang sepanjang hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan permintaan anak, Atikah Suhaime akhirnya berjaya atasi trauma main gelongsor air

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak putus... Atikah Suhaime jaga solat, mengaji dan berzikir

Dalam pada itu, Atikah tidak menafikan situasi-situasi seperti itu boleh merosakkan suasana ataupun cerita tersebut. 

"Saya sukakan lakonan, tapi itulah. Benda-benda seperti ini buatkan rosak. Lepas itu kita (pelakon) yang malu," luahnya.

Untuk rekod, drama 30 episod Yes! Captain Zul Aaryan merupakan naskhah adaptasi novel popular yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Selain Jazmy Juma, drama arahan Nizam Zakaria itu turut membariskan barisan pelakon seperti Anna Jobling, Nafiz Muaz, Daniel Fong dan Natasha Sass.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain