suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aina Abdul buat kejutan belanja makan pelajar kakak

Aina bermurah hati untuk membelanja makanan kepada pelajar sekolah.

KAKAK kepada penyanyi Aina Abdul yang juga seorang guru, berkongsi mengenai kemurahan hati adiknya membelanja makanan kepada para pelajarnya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, kakaknya yang dikenali sebagai Sazlina berkongsi detik apabila Aina secara tiba-tiba menghubunginya untuk menghantar makanan kepada pelajar Tingkatan Lima yang mengikuti kelasnya.

Menurut Sazlina, pelajar-pelajarnya begitu teruja sebaik sahaja makanan dan minuman yang dikirim Aina tiba. Malah, mereka terus menjamu selera sebelum menghadiri kelas tambahan pada sebelah petang.

Aina menunaikan hasrat untuk memberi makanan kepada pelajar di bawah penyeliaan kakaknya.

“Adik saya kirimkan mesej 10 minit sebelum kelas Matematik Tambahan tingkatan lima. Selepas 30 minit dia (Aina) telefon untuk ambil makanan di bawah. 

“Menjerit budak-budak (pelajar) ni. Sampai saja makanan dan minuman terus makan, maklum saja selepas 2.45 petang mereka ada kelas tambahan,” katanya. 

Dalam pada itu, Sazlina turut menzahirkan penghargaan atas kemurahan hati adiknya yang tidak pernah berkira untuk berkongsi rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga dapat duit ‘shopping’ sebelum bercuti, ramai puji sikap murah hati Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul beralih kafe kecil bukan sebab konsert tak laku

“Terima kasih kepada individu paling baik hati yang pernah saya kenal, Aina. 

“Semoga dipermudahkan urusan dan bertambah rezeki adik saya daripada pelbagai arah,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Sazlina turut berkongsi paparan perbualan WhatsApp antara dia dan Aina yang menunjukkan hasrat penyanyi itu untuk belanja makan.

Malah, Aina turut memesan sebanyak 20 bungkus makanan dan minuman untuk diagihkan kepada semua pelajar.

Sikap murah hati Aina menarik perhatian ramai.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata tersentuh dengan keprihatinan penyanyi lagu Puas Sudah itu yang tidak lokek berkongsi rezeki.

“Allah sebaknya, baiknya hati Aina. 

“Terima kasih Aina dan cikgu Sazlina. Semoga Allah merahmati kalian dan moga berjaya untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) nanti,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain