suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Hasan sudah nikah Januari lalu

Amir (kiri) dan Hajjar melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis sederhana.

DALAM diam penyanyi Amir Hasan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hajjar pada Januari lalu. 

Melangsungkan pernikahan dalam majlis serba ringkas, Amir, 30, memberitahu segala persiapan dilakukan secara sederhana tanpa berbelanja besar. 

“Kami nikah di masjid sahaja. Tiada majlis makan-makan pun. Baju pengantin pun beli di Kenanga Mall. 

“Ketika itu memang kami berdepan kesukaran sedikit. Ada kumpul duit nak kahwin, tetapi beberapa masalah berlaku termasuklah ditipu kawan melibatkan hutang. 

Amir dan Hajjar (kanan) bernikah pada Januari lalu.

“Jujur saya katakan ketika nak kahwin memang tiada duit. Hajjar ingatkan tentang pesan neneknya… ‘kalau ada niat nak halalkan, jangan susahkan dia’. Sebab itu kami teruskan bernikah,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Bercerita tentang detik perkenalan mereka, Amir mula menegur Hajjar di media sosial sekitar tahun 2024 sebelum mengajak untuk terlibat dalam pembikinan muzik video lagunya sebelum ini. 

Biarpun tempoh perkenalan singkat, namun Amir yakin Hajjar adalah pilihan terbaik kerana wanita itu sedia bersama ketika dia berdepan waktu sukar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Hasan alami masalah pernafasan, terpaksa berehat daripada menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Hasan dituduh songlap duit Andi Bernadee, kecewa nama kena ‘petik’ - “Sedih netizen caci arwah bapa”

“Kami pun tak pernah nak declare sebagai kekasih selepas kenal rapat. Sekitar pertengahan 2025 saya terus ajak dia kahwin. 

“Syukur di kala saya kesempitan masih ada orang yang nak. Sekarang ini pun hidup masih sukar, namun kami tetap bersyukur. 

“Rezeki kahwin itu ada. Walau hidup susah, saya kini lebih matang. Lebih tahu keutamaan selepas berkahwin,” ujarnya. 

Pasangan ini juga lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi tentang perkahwinan mereka di media sosial. 

Malah menerusi perkongsian di media sosial pun mereka tidak memuat naik gambar bersama termasuk foto kenangan hari pernikahan. 

Amir kini sudah bergelar suami.

“Ada sahaja yang sangka kami ini kekasih sebab selalu keluar bersama. Tetapi keluarga dan teman-teman rapat tahu kami dah berkahwin. 

“Memang tidak kongsi di media sosial, tetapi kalau bijak orang akan nampak apa yang ada di Instagram Hajjar sama seperti saya,” kongsinya. 

Untuk info Hajjar merupakan salah seorang pelakon dalam drama Rumah Tanpa Luka yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain