suria

Amir Hasan dituduh songlap duit Andi Bernadee, kecewa nama kena ‘petik’ - “Sedih netizen caci arwah bapa”

Amir dituduh mengambil duit Andi Bernadee sebanyak RM70,000.

KAWAN makan kawan! Tidak semena-mena nama penyanyi Amir Hasan dipetik netizen kerana didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menghilangkan wang milik rakannya, Andi Bernadee berjumlah RM70,000.

Terkejut dengan tuduhan itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hasan, 25, tampil mempertahankan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andi Bernadee dianiaya kawan baik, kerugian RM70,000 - “Saya terpaksa tipu mak, kata duit hilang”

"Semalam selepas saya video call dengan kawan, saya buka IG tiba-tiba banyak mesej dan komen daripada netizen yang menyerang saya.

"Mereka tuduh saya sebagai individu yang ambil duit RM70,000 milik Andi. Banyak cacian dan makian daripada netizen yang saya terima.

Amir 1

Andi turut memohon agar netizen berhenti melemparkan fitnah terhadap rakan selebritinya.

"Mungkin netizen syak saya sebab hint yang Andi berikan. Kebetulan memang jangka masa saya kenal Andi sudah dua hingga tiga tahun.

"Andi pun antara orang yang banyak bantu saya masuk dalam industri. Memang saya kawan baik Andi tapi saya bukan individu yang didakwa," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Andi menerusi laman Instagram turut menegaskan Amir Hasan bukan individu yang mengambil wang hasil kerja kerasnya sepanjang tahun ini.

Andi turut memohon agar semua netizen berhenti membuat andaian dan menuduh rakan-rakan selebritinya.

"Saya terkejut ada rakan-rakan artis yang telah dituduh berikutan kes 'pecah amanah' saya. Saya mohon kepada 'jabatan netizen' hentikan aktiviti fitnah-memfitnah untuk mengisi masa lapang.

Malam tadi pun saya ada hubungi Andi untuk beritahu benda ini

AMIR HASAN

PENYANYI

"Saya dah serahkan semuanya kepada pihak polis dan peguam. Doakan saya, agar dapat tegakkan kebenaran dan hak saya setelah berhempas pulas demi mencari rezeki untuk saya dan keluarga," tulis.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bicaramu ini mengakui dia sedih dengan tindakan segelintir netizen turut membabitkan Allahyarham bapanya dalam hal itu.

Kata Amir, netizen mencaci arwah bapanya sebagai tidak memberi didikan yang betul sehingga dia sanggup berbuat demikian.

"Paling saya sedih apabila ada netizen yang mengaitkan nama arwah bapa saya. Dia komen kata bapa saya tak beri duit ke sampai nak curi duit orang.

Amir 2

Amir sedih apabila netizen kaitkan nama arwah bapanya.

"Tapi individu tersebut telah memadam komen itu. Malam tadi pun saya ada hubungi Andi untuk beritahu benda ini," ujarnya.

Menerusi laporan mStar, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​, 30, membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain