suria

Tiba-tiba nama Janna Nick muncul, perkahwinan anak Sheila Rusly dikaitkan punca hubungan retak - “Fitnah itu menggores hati keluarga dan menantu saya”

Sheila Rusly berang dengan fitnah yang dilemparkan blogger dan pemilik akaun Facebook mengaitkan aktres Janna Nick.

UMPAMA rumah siap pahat berbunyi, perkahwinan anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy didakwa menjadi punca hubungan retak penerbit terkenal itu dengan aktres Janna Nick.

Berang dengan tuduhan itu, Sheila, 50, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkan ia satu fitnah melampau lebih-lebih lagi membabitkan maruah keluarga.

"Cukup-cukuplah menabur fitnah! Benda lain saya boleh tolak tepi tapi ini maruah keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha terima hantaran RM22,222.22 - “Sepatutnya nikah Februari depan, cepatkan sebab kes Covid-19 meningkat”

"Ramai blogger di Facebook memanjangkan isu ini dengan berkongsi fitnah tersebut. Ia tidak benar!" katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Sheila berkongsi paparan skrin satu Facebook Page menulis mengenai punca hubungannya dengan Janna Nick retak kerana aktres itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya.

sheila rusly 3

Sheila jawab fitnah yang ditulis oleh satu pemilik akaun Facebook.

"Dulu Sheila Rusly nak recommend Janna Nick untuk anak Sheila Rusly tapi Janna Nick tak nak jadi pilih Elisya Sandha ni.

"Kepada perempuan di luar sana, kalau mak atau mak angkat awak nak recommend calon terima sajalah sebab itu jalan terbaik,” tulis pengendali akaun Facebook berkenaan.

Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah!

SHEILA RUSLY

PELAKON

Dalam pada itu, Sheila mencabar pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan agar tampil dengan bukti jika dakwaan itu benar.

"Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah.

"Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti... saya sanggup berdepan," ujarnya.

sheila rusly 2

Fitnah itu menggores hati keluarganya dan menantu.

Sementara itu, suami Sheila yang juga pengarah terkenal Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya pula berkata fitnah yang ditulis pengendali akaun berkenaan telah menggores hati menantunya.

"Dengan nama Allah kenyataan awak Kaki Komen (pemilik akaun Facebook) adalah dusta dan fitnah serta telah menggores hati menantu saya juga maruah keluarga dan menantu saya.

"Sebelum surat saman saya sampai pada awak... percayalah syurga dan neraka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa agama," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy, 25, selamat disatukan dengan pelakon Elisya Sandha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID), Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain