suria

Akhirnya Caprice ‘reply’ WhatsApp polis Wangsa Maju - “Alhamdulillah semua ok, tak ada kes jenayah pun”

Caprice tampil menjelaskan mengenai salah faham melibatkan polis dan Interpol.

USAHA menjejaki penyanyi rap Caprice akhirnya berhasil selepas pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berjaya menghubunginya pada pagi Ahad.

Menjelaskan situasi sebenar, Caprice berkata wujud salah faham tentang laporan sebelum ini yang menyebut pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejakinya yang kini berada di Mesir.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice pelik polis minta bantuan Interpol... tak dapat ‘chat’ kes Ebit Lew - “My number is public... tak ada siapa contact pun”

Menurut pemilik nama Ariz Ramli ini, dia dimaklumkan bahawa pihak polis hanya ingin meminta kenyataan berhubung satu kes dakwaan fitnah.

Caprice 1

Caprice berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

"Pagi tadi IO (pegawai penyiasat) dari IPD Wangsa Maju akhirnya WhatsApp dan hubungi Caprice. Sebenarnya Interpol tak cari pun Caprice.

"Kandungan artikel dan tajuk sesetengah media yang buat nampak macam ada kes luar biasa sampai orang komen macam kita hilang atau tengah lari.

"Alhamdulillah semua ok, tak ada kes jenayah pun yang dibuka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta kenyataan Caprice," tulisnya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram pada Ahad.

Caprice melalui banyak benda yang pelik sejak sampai.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Sebelum ini, Caprice mengakui dia berasa hairan mengapa pihak polis terpaksa menggunakan bantuan Interpol untuk menjejakinya yang kini berada di Mesir.

Caprice memberitahu dia tidak menerima sebarang panggilan atau mesej daripada pihak polis di Malaysia berhubung siasatan terhadap laporan yang dibuat personaliti dakwah, Ebit Lew pada 21 Julai lalu.

Dalam pada itu, Caprice berkata dia menerima banyak panggilan telefon dari Kuala Lumpur yang bimbang tentang keadaannya disebabkan berita melibatkan Interpol.

"Caprice melalui banyak benda yang pelik sejak sampai. Apabila Caprice baca berita fasal Interpol, komen di laman sosial dan terima banyak panggilan dari KL yang tengah risau.

Caprice 2

Caprice diminta memberi kenyataan berhubung kes melibatkan Ebit Lew.

"Benda itu buat kita lagi risau dan fikir bukan-bukan. Officially, ni baru tiga minggu di mana kita gerak seorang dengan misi kita sendiri #roadtoalaqsa2030," ujarnya.

Menerusi laporan media sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memberitahu pihaknya gagal menghubungi Caprice untuk diambil keterangan secara dalam talian.

Kata Ashari, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan Interpol selepas Caprice dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar pihaknya.

Selain Caprice polis turut mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung siasatan bagi kes yang sama.

Untuk rekod, pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dia difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain