SEDAR namanya masih belum cukup dikenali, pelakon Ellyza Azizi tidak mahu mengambil jalan mudah dengan mencipta kontroversi demi meraih perhatian ramai.Bagi Ellyza, 26, setiap kisah sensasi yang menjadi bualan akan terus dikenang untuk tempoh masa yang lama sehingga boleh menjejaskan nama baiknya. "Kalau ada yang pilih cara begitu, teruskan, namun untuk saya tidak mungkin."Jika ada kontroversi pun, saya harap ia tidak akan menjejaskan nama keluarga. Sekali kontroversi dimuat naik di internet, ia akan kekal selamanya. Saya tak mahu anak-anak saya baca nanti," katanya kepada mStar.Ellyza mahu bakatnya mendapat perhatian ramai. Ellyza berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama vertikal terbaharu lakonannya berjudul BRU: Masin & Manis.Tambah pelakon itu, dia juga percaya tiada istilah terlambat dalam membina kerjaya dan yakin peluang terbaik akan datang buatnya.Ellyza dalam masa sama mengakui ada ketika timbul rasa putus asa, namun minat yang mendalam membuatkan dia terus bertahan mempertaruhkan bakat.ARTIKEL BERKAITAN: Ellyza Azizi nikmati 'perjalanan kecil' dalam lakonan ARTIKEL BERKAITAN: Buka tudung isu sensitif, Imranul Effendy hormat keputusan Norreen Iman... Doa terbaik untuk kakak"Rasa putus asa itu setiap tahun akan ada. Tetapi penghujungnya saya pilih untuk jadi diri sendiri, rancang strategi dan harap orang akan nampak bakat saya ini."Tiada istilah terlambat buat saya. Rasanya saya masih di jalan yang betul. Dengan fizikal kecil yang dimiliki, saya masih boleh membawa watak pelajar sekolah. Perjalanan seni saya masih panjang lagi," ujarnya.Ellyza bersama Imranul (kiri) dan penerbit, Nik Amir. Bercakap tentang drama BRU: Masin & Manis, Ellyza memberitahu ini merupakan kali pertama dia menerima tawaran sebagai watak utama selepas lebih lima tahun aktif berlakon.Menurutnya, gandingan bersama pelakon baharu Imranul Effendy turut memberi keyakinan untuk dia membawakan watak Manis."Gandingan bersama Imranul membantu saya untuk mencipta watak ini. Mulanya rasa susah, namun kami boleh serasi pada hari pertama bertemu di lokasi penggambaran," kongsinya.Drama 45 episod berdurasi dua hingga tiga minit ini mula ditayangkan pada 22 Julai 2026 di aplikasi Tonton.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!