suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ellyza Azizi nikmati 'perjalanan kecil' dalam lakonan

Ellyza selesa dengan watak pembantu.

PELAKON Ellyza Azizi lebih selesa membawa watak pembantu berbanding watak utama kerana mahu membina kerjaya lakonannya secara berperingkat.

Menurut Ellyza, 26, memegang watak pembantu memberi ruang untuk dia menerokai pelbagai karakter sekali gus mengasah kemampuan lakonan.

"Saya lebih memikirkan perjalanan kerjaya untuk tiga atau empat tahun akan datang. Saya percaya kalau naik terlalu cepat tetapi belum bersedia untuk mengekalkannya, saya juga boleh jatuh dengan cepat.

Ellyza seronok terokai watak pembantu.

"Saya rasa watak yang membantu protagonis mencapai matlamatnya lebih menarik untuk diterokai.

"Watak utama memang menyeronokkan, tetapi saya lebih tertarik kepada karakter yang mempunyai lebih banyak warna," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ellyza tidak menolak hasrat untuk membawa watak heroin sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Siu Min yakin 'Mojoku Hilang' diterima, pasaran sudah tepu filem seram dan aksi

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli umum hamil anak ketiga

"Mestilah saya nak bawa watak utama. Kalau ada peluang, sudah tentu saya mahu. Cuma buat masa sekarang saya rasa belum lagi.

"Sebenarnya saya mahu berlakon untuk jangka masa yang panjang. Jadi saya rasa lebih baik untuk tidak bermain terlalu selamat," ujarnya.

Berkongsi lanjut, Ellyza mengakui masih mempunyai kebimbangan untuk memikul tanggungjawab besar sebagai heroin.

Ellyza tidak mahu terburu-buru kejar populariti.

Malah, dia pernah menolak dua tawaran membawa watak utama kerana merasakan dirinya belum bersedia.

"Saya takut kalau belum mampu membawa watak itu dengan baik. Tambahan pula, saya bukan datang dengan jumlah pengikut media sosial yang besar. Saya bimbang penonton mempunyai jangkaan tertentu terhadap heroin.

"Saya sentiasa cuba mencabar diri. Saya benar-benar menikmati perjalanan kecil saya dalam industri ini," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain